Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Terapkan Semangat Pembentukan Sahsiah...

KANGAR - Golongan muda diminta agar sentiasa berusaha menerap semangat membangunkan minda, fizikal,...

Rakyat Kelantan Perlu Terjemah...

KOTA BHARU - Kehadiran luar biasa rakyat Kelantan pada program-program anjuran UMNO sekarang ini perlu...

2 Gempa Bumi Kuat...

KUALA LUMPUR - Dua gempa bumi kuat berukuran 6.8 dan 6.7 pada Skala...

Hukuman Penjara Bekas Broker...

Putrajaya : Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara lima tahun dan denda...

Wartawan Ditembak Mati Di Mexico

MEXICO CITY – Seorang wartawan mati ditembak ketika berada di bandar peranginan pantai Mexico, Playa del Carmen, iaitu tidak sampai sebulan selepas membuat laporan bahawa beliau dipukul dan diancam polis tempatan.

Pendakwa raya negeri Quintana Roo dalam satu kenyataan, Ruben Pat, 42, yang juga pengasas laman sesawang Playa News, dilaporkan ditembak pada awal pagi semalam, ketika berada di luar sebuah bar di pantai itu.

Kedudukan bar itu dikatakan agak jauh dari pusat peranginan di kawasan berkenaan.

Insiden pembunuhan membabitkan Pat menjadikan jumlah kematian golongan terbabit semakin meningkat, di sebuah negara yang terkenal dengan serangan ganas terhadap pekerja media.

Bulan lalu, seorang lagi wartawan yang bertugas dengan Playa News di kawasan lain di negeri itu, turut mati ditembak.


Sementara itu, seorang rakan sekerja Pat yang mahu identitinya dirahsiakan berkata, mangsa yang sering membuat laporan mengenai isu keselamatan, menerima pelbagai ugutan sejak enam bulan lalu. – Reuters/myMetro Online

Kategori