• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga India Ditahan Terlibat Aktiviti Pemerdagangan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang lelaki warganegara India yang disyaki terlibat dalam aktiviti memperdagangkan orang ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sebuah premis di Taman Puchong Utama, Puchong, semalam.

Menerusi Ops Pintas, operasi yang dijalankan oleh Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), suspek yang berusia 50 tahun itu ditahan ketika sedang menunggu pelanggan bagi urusan ‘jual beli’ itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata dua orang mangsa iaitu wanita warganegara India turut diselamatkan ketika serbuan dijalankan.

“Mangsa, masing-masing berusia 36 dan 40 tahun ditemui oleh pihak polis tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Selain itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit, buku nota, buku resit, kunci dan ibu kunci, beberapa keping kondom dan wang tunai ketika serbuan yang dilakukan pukul 3.45 petang itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan IPD Subang Jaya di sini, hari ini.

Penahanan suspek adalah berdasarkan maklumat dari seorang lagi lelaki warga India berusia 34 tahun yang ditahan pada hari yang sama di hadapan sebuah restoran di Puchong.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 12 dan Seksyen 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. – BERNAMA

Tags: pemerdagangan manusiawarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

10/09/2026
0

PREMIS perniagaan termasuk kedai runcit dan makanan yang dioperasikan oleh pekerja asing sudah tidak lagi asing di negara ini. Menggunakan...

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd