Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

2 Suspek Wanita Tahu...

KUALA LUMPUR - Polis menolak keras dakwaan bahawa dua suspek wanita dalam pembunuhan...

Umrah, Lawatan Old Trafford...

MELAKA - Pakej menunaikan umrah dan lawatan ke Old Trafford, stadium kelab gergasi...

Isteri Ditendang Suami, Dua...

JAKARTA - Berang isteri sering menghadap telefon bimbit dan kerap membebel, seorang suami...

Wanita Warga Emas, Cucu...

SANDAKAN - Seorang wanita warga emas maut manakala cucu lelakinya cedera selepas dilanggar...

DAP Puji Kementerian Berkaitan Agama Islam

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat DAP senang hati dengan kementerian berkaitan agama Islam di Malaysia kerana bertindak selari dengan manifesto pilihan raya umum (PRU) ke-14 Pakatan Harapan iaitu melarang perkahwinan bawah umur di negara ini.

Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago berkata, kementerian berkaitan agama Islam di Malaysia telah pun memulakan perbincangan dengan hakim syariah untuk menyemak semula undang-undang agama Islam yang pada masa ini membolehkan bawah umur berkahwin.

“Kita perlu jelas tentang perkara ini bahawa larangan perkahwinan bawah umum menyekat penyalahgunaan seksual dan pedofilia yang beroperasi dibawah radar ini.

“Ini bukan lagi masa untuk takut tentang kemungkinan serangan politik dari pihak konservatif dan parti lawan. Ini adalah masa untuk melakukan perkara yang betul,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sebelum ini mengumumkan prosedur keizinan perkahwinan bawah umur di negara ini akan diteliti semula.


Undang-undang berkaitan perkahwinan bawah umur di negara ini menetapkan seseorang yang ingin berkahwin mestilah berusia 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.

Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuasakan di semua negeri, perkahwinan bawah usia 16 tahun bagi wanita memerlukan kebenaran mahkamah, Ketua Menteri atau Menteri Besar dan persetujuan ibu bapa mereka. – Mynewshub.tv

Kategori