• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Puji Kementerian Berkaitan Agama Islam

oleh Cj Mnh
19/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat DAP senang hati dengan kementerian berkaitan agama Islam di Malaysia kerana bertindak selari dengan manifesto pilihan raya umum (PRU) ke-14 Pakatan Harapan iaitu melarang perkahwinan bawah umur di negara ini.

Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago berkata, kementerian berkaitan agama Islam di Malaysia telah pun memulakan perbincangan dengan hakim syariah untuk menyemak semula undang-undang agama Islam yang pada masa ini membolehkan bawah umur berkahwin.

“Kita perlu jelas tentang perkara ini bahawa larangan perkahwinan bawah umum menyekat penyalahgunaan seksual dan pedofilia yang beroperasi dibawah radar ini.

“Ini bukan lagi masa untuk takut tentang kemungkinan serangan politik dari pihak konservatif dan parti lawan. Ini adalah masa untuk melakukan perkara yang betul,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sebelum ini mengumumkan prosedur keizinan perkahwinan bawah umur di negara ini akan diteliti semula.

Undang-undang berkaitan perkahwinan bawah umur di negara ini menetapkan seseorang yang ingin berkahwin mestilah berusia 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.

Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuasakan di semua negeri, perkahwinan bawah usia 16 tahun bagi wanita memerlukan kebenaran mahkamah, Ketua Menteri atau Menteri Besar dan persetujuan ibu bapa mereka. – Mynewshub.tv

Tags: puas hatiwakil rakyat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Pengurus Pemasaran TM Diperintah Bela Diri

Next Post

JPN Tutup Kaunter Di HKL, HTAR Tanpa Sebab

Related Posts

6 Wakil Rakyat Bersatu Sahkan Terima Notis Keahlian Terhenti, Akur Keputusan Parti

6 Wakil Rakyat Bersatu Sahkan Terima Notis Keahlian Terhenti, Akur Keputusan Parti

13/06/2024
0

Kota Bharu : Enam wakil rakyat daripada Bersatu mengesahkan menerima notis daripada parti itu berhubung keahlian mereka terhenti serta merta....

Bersatu Sudah Putuskan Status 7 Wakil Rakyat Paling Tadah

Bersatu Sudah Putuskan Status 7 Wakil Rakyat Paling Tadah

08/06/2024
0

Kuala Lumpur : Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah memuktamadkan keputusan status tujuh wakil rakyatnya yang...

Next Post

JPN Tutup Kaunter Di HKL, HTAR Tanpa Sebab

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd