• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wak Doyok Keluar PAS Sertai PAN

oleh
08/07/2018
dalam Artis, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA penyanyi malar segar, Aishah mengumumkan tidak lagi aktif dalam PAN, selebriti bermisai lentik, Wak Doyok pula membuat kejutan apabila dilaporkan menyertai parti sepihan PAS itu.

Seperti mana Aishah yang pernah menganggotai PAS sebelum ‘lompat’ kepada PAN, Wak Doyok juga sekali lagi curi perhatian ramai selepas khabar penglibatannya dalam dunia politik tanah air dengan menyertai PAN tular tersebar.

Pada hujung minggu lalu, jejaka berusia 38 tahun itu dikatakan menyertai PAN dan semalam, Wak Doyok, atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, mengesahkan perkara itu dengan portal berita tempatan Malaysiakini.

“Saya baru sahaja menyerahkan borang di pejabat cawangan baru, Seksyen 13 Shah Alam, Selangor. Saya difahamkan mungkin proses untuk mendapatkan nombor keahlian boleh memakan masa sehingga sebulan.

“Saya sayang pucuk pimpinan lama seperti presidennya, Mohamad Sabu selain Khalid Abdul Samad, Salahuddin Ayub dan Dr. Dzulkefli Ahmad. Saya memang bergiat aktif untuk masyarakat sejak dulu lagi.

“Kali ini saya ingin mengajak anak-anak muda agar menjadi bangsa lebih dihormati di mata antarabangsa dan membantu membentuk belia yang mempunyai perancangan masa depan,” katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, pereka fesyen tempatan itu pernah dilihat hadiri pelbagai acara anjuran Barisan Nasional. Namun beliau mendakwa kehadirannya hanya atas undangan. Beliau juga pernah mengaku menjadi ahli PAS sejak 1998.

Lapor Malaysiakini, setelah menyedari tindakannya itu menerima kecaman daripada rakyat tempatan, Wak Doyok menegaskan tiada yang pelik dengan tindakannya itu kerana Malaysia adalah negara demokrasi.

“Yang ada tidak berpuas hati, mereka sebenarnya tidak berhak pun untuk menghalang kerana ini pilihan individu malah mereka tidak boleh sekat sesiapa untuk masuk mana-mana parti.

“Nak cakap saya lalang atau masuk sebab jawatan itu, terpulang kerana yang penting saya tahu apa yang diperjuangkan. Yang banyak cakap itu, entah-entah belum pun daftar sebagai pengundi,” katanya. – Mynewshub.tv

Tags: WAK DOYOK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wak Doyok Didakwa Guna Lambang Sultan Johor

06/05/2020
0

PERSONALITI fesyen dan pelakon, Wak Doyok didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menggunakan lambang kemahkotaan Sultan...

Wak Doyok Dipanggil Polis

30/04/2020
0

PERSONALITI fesyen dan pelakon, Wak Doyok dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dekat sini, hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd