• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Untung RM150,000 Dalam Sebulan

oleh Ahmad Albab
24/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERI tawaran bonus dan mata ganjaran serta hadiah lumayan bagi menarik minat kaki judi, satu sindiket judi dalam talian mampu mengaut keuntungan mencecah RM150,000 sebulan.

Bagaimanapun, kegiatan sindiket itu terbongkar susulan serbuan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah ke atas sebuah rumah kedai di Taman Angsana Sungai Peya, jam 10.50 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, berkata, sindiket yang dipercayai beroperasi sejak sebulan lalu menggunakan aplikasi sosial WhatsApp untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Katanya, seramai tujuh lelaki berusia antara 15 hingga 22 tahun turut ditahan kerana terbabit menjadi operator premis yang dibayar gaji antara RM1,000 hingga RM1,500 bagi mengambil pertaruhan pelanggan.

“Cara perhubungan antara operator dan pelanggan dilakukan sepenuhnya melalui WhatsApp, manakala cara pembayaran serta penerimaan wang melalui akaun bank yang ditetapkan sindiket.

“Hasil semakan ke atas akaun bank terbabit mendapati ia dimiliki beberapa individu dan dianggarkan mereka mampu memperoleh keuntungan kasar dianggarkan sehingga RM150,000 setiap bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut dirampas dalam serbuan berkenaan lima set komputer, 21 telefon bimbit serta pelbagai kelengkapan elektronik yang digunakan bagi tujuan komunikasi.

Sementara itu, sumber memaklumkan polis melakukan risikan hampir seminggu ke atas premis berkenaan selepas mendapat maklumat awam berkaitan kegiatan itu.

Beliau berkata, premis yang pernah dijadikan rumah urut itu dijadikan pusat kawalan judi yang menawarkan pelbagai jenis judi dalam talian sebelum pelanggan dapat mengaksesnya menggunakan kod rahsia tertentu.

“Taktik yang diguna sindiket adalah menawarkan permainan judi yang memberi pulangan besar.

“Sebaik bersetuju, kaki judi perlu melakukan transaksi bank dengan memasukkan wang dari serendah RM10 hingga mencecah ribuan ringgit.

“Sebaik menerima pengesahan, operator akan menghantar permainan kepada kaki judi, namun hanya segelintir kaki judi menerima wang kemenangan dengan kebanyakan mereka tidak dibayar terutama jika membabitkan pertaruhan besar,” katanya.

Difahamkan, bagi mengelak dikesan kaki judi, operator bertindak menukar nombor telefon yang digunakan ketika berurusan dan mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak tahu di mana sindiket beroperasi.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan beberapa tangkapan susulan dijangka dilakukan dalam tempoh terdekat. – myMetro Online

Tags: polisSindiket Judi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suspek Kes Tembak Toronto Alami Masalah Mental

Next Post

Skandal Vaksin Calar Imej China

Related Posts

Kes Zara Qairina: Polis Tingkatkan Rondaan Di Tanah Perkuburan

Kes Zara Qairina: Polis Tingkatkan Rondaan Di Tanah Perkuburan

11/08/2025
0

SIPITANG: Polis meningkatkan rondaan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, di sini bagi memastikan keselamatan dan privasi penduduk susulan...

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

10/08/2025
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan menyifatkan keterangan diberi penyanyi dikir barat moden yang popular dengan lagu 'Bae Sobar Bae', Eda Ezrin...

Next Post

Skandal Vaksin Calar Imej China

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd