Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Anwar Dianggap Penceroboh Jika...

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) selaku pemilik berdaftar mempunyai hak mutlak ke...

Gambar Nabila Huda Jalan...

DAH penat bekerja, pelakon stylo Nabila Huda menggembara ke bumi Eropah, melihat kecantikan...

Taska Boleh Tak Perasan...

Jika ada yang masih ingat, pada Januari 2013 seorang bapa menyebarkan di laman...

Digelar Datuk, Ada Yang...

SERAMAI empat orang selebriti tempatan telah menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah...

UMP Rai Pengamal Media Dalam Perlawanan Boling

KUANTAN – Lebih 150 pengamal media Pahang menyertai program boling anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Kelab Media Pahang di sini, malam tadi.

Program Jom Boling UMP Bersama Media itu dihadiri oleh Naib Canselor UMP Professor Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP Datuk Dr Yusrerrie Zainuddin dan Presiden Kelab Media Pahang Datuk Nik Naizi Hussin.

Daing Nasir dalam ucapannya berkata program itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pengamal media dan pihak pengurusan UMP.

“UMP amat menghargai pengamal media yang telah banyak membuat liputan terhadap aktiviti yang dijalankan oleh universiti termasuklah pencapaian dan kecemerlangan selama ini.

“Masyarakat awam kini lebih mengenali UMP hasil liputan dan publisiti yang diberikan oleh pihak media kepada kami dan kami berterima kasih dengan kerjasama dan sokongan yang diberikan dan berharap hubungan baik ini berterusan,” katanya dalam ucapan aluannya pada acara itu di Playground 6, Semambu di sini. – BERNAMA

Kategori