Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Shahril Ridza Ridzuan Dilantik...

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Berhad umum pelantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan sebagai...

The Edge: Jumaat Ini...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Jumaat ini untuk membuat keputusan...

Mangsa Banjir Meningkat, 8...

MIRI - Mangsa banjir di Limbang, Sarawak meningkat kepada 415 orang daripada 136...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi,...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dibuka tinggi, tetapi kemudiannya menyusut, selari dengan kedudukan...

Turun Naik Mahkamah Demi Beri Buah Pinggang Kepada Rakan

SEORANG wanita ingin mendermakan buah pinggangnya kepada seorang rakan yang bertugas sebagai anggota tentera.

Namun, hasrat murninya itu ditentang oleh keluarganya yang turut meminta campur tangan daripada pihak kerajaan.

Bagaimanapun, Varsha Sharma, 48, dari Rajasthan berjaya membuat petisyen kepada Mahkamah Tinggi Karnataka bagi mendapatkan kelulusan untuk pemindahan organ dua individu tidak bersaudara.

Selepas melalui prosedur tersebut selama empat bulan, Varsha akhirnya menjalani pembedahan pada Jumaat untuk memindahkan buah pinggangnya kepada Kolonel Pankaj Bhargava di Hospital Columbia Asia.

Varsha setakat ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan memandangkan dia masih dirawat di hospital.

Times of India melaporkan, Varsha mula mempersiapkan dirinya untuk menderma buah pinggang sejak Oktober 2017 dan menurunkan berat sebanyak 21 kilogram.


Namun, tentangan daripada pihak keluarga menjadi dugaan terbesar buatnya.

Pada Mei lalu, Varsha menghantar petisyen bagi merayu proses itu dibenarkan secara undang-undang. – mStar Online

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori