Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

PH, BN Diberi Tempoh...

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberikan tempoh sehingga esok kepada Pakatan...

Orang Utan Guna Cadar,...

DUDLEY, Britain – Sekumpulan orang utan dan cimpanzi di Zoo Dudley dilaporkan sudah...

Polis Johor Tahan 42...

JOHOR BAHRU - Polis menahan 42 individu dan membuka 122 kertas siasatan atas...

Replika Wau Bulan, Bot...

KOTA BHARU - Pelbagai cara kreatif digunakan bagi menarik sokongan kepada calon dan...

Trump Tidak Serik Jumpa Putin

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dikecam kerana mengadakan sidang kemuncak bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin di Helsinki, menyatakan kelmarin bahawa beliau berharap dapat bertemu pemimpin Rusia itu sekali lagi dengan pertemuan kedua dirancang di Washington seawal musim luruh tahun ini.

Trump menjadi sasaran kritikan oleh kedua-dua parti pembangkang dan pemerintah kerana menyambut baik orang kuat Rusia itu semasa pertemuan di Helsinki selepas menolak keputusan siasatan agensi perisikannya sendiri bahawa Moscow campur ta­ngan dalam pilihan raya Presiden AS pada 2016.

Reaksi negatif tersebut mendorong Trump bersikap defensif dengan Presiden AS itu dan White House menge­luarkan kenyataan bercanggah sejak beberapa hari lalu.

Namun, Trump menolak kritikan tersebut dan menyalahkan ‘media berita palsu’ kelmarin kerana gagal mengiktiraf pencapaiannya.

“Sidang kemuncak bersama Rusia merupakan satu kejayaan besar melainkan kepada musuh sebenar rakyat AS iaitu media berita palsu,” kata Trump di Twitter.

“Media berita palsu mahu melihat konfrontasi besar dengan Rusia, walaupun konfrontasi itu akan menyebabkan perang,” tambahnya.


Dalam satu temu bual bersama stesen televisyen CNBC, Trump berkata, berbaik dengan Presiden Rusia merupakan sesuatu yang positif dan bukan negatif.

“Saya tidak sabar untuk pertemuan kedua kami supaya kami dapat mula melaksanakan banyak perkara yang telah dibincangkan,” kata Trump lagi.

Sementara itu, jurucakap White House, Sarah San­ders pula berkata, pertemuan tersebut akan diadakan pada musim luruh tahun ini. – AFP/Kosmo Online

Kategori