• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbalan Menteri Pendidikan Mahu SJKT Dibina Segera

oleh Cj Mnh
12/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mahu isu kelewatan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Blue Valley di Cameron Highlands, Pahang di selesaikan segera.

Menurutnya, pejabat beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap masalah penangguhan itu supaya isu kelewatan pembinaan SJKT tersebut dapat diselesaikan dalam kadar yang segera.

“Pejabat saya akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap masalah penangguhan ini supaya isu ini dapat diselesaikan dalam kadar yang segera.

“Masalah penangguhan pembinaan sekolah ini adalah disebabkan oleh keperluan pembinaan paip yang memerlukan kos tambahan.

“Keperluan ini adalah wajib untuk mendapatkan kelulusan keselamatan infrastruktur sekolah tersebut supaya para pelajar dapat belajar dalam suasana yang selamat,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nie Ching berkata, pejabatnya telah menerima kunjungan wakil SJKT Ladang Blue Valley dan pembinaan sekolah itu sepatutnya selesai pada Ogos 2016, tetapi telah ditangguhkan hampir dua tahun.

Tegas beliau, isu tersebut telah memberi kesan negatif kepada para pelajar yang terlibat.

“Saya telah berjumpa dengan pegawai Kementerian Pendidikan dan dimaklumkan bahawa isu ini boleh diselesaikan dengan kerjasama kontraktor berkenaan dan agensi yang lain,” katanya. – Mynewshub.tv

Tags: pembinaan sekolahTeo Nie Ching
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

02/09/2023
0

Teo Nie Ching berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengalu-alukan perbincangan ke arah meningkatkan ketelusan berhubung prosedur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia...

Lahabau Membawa Maksud Tidak Berguna, Tidak Boleh Diharap

08/11/2021
0

KENYATAAN  kurang bertanggungjawab bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berhubung penggunaan perkataan Lahabau sebenarnya membawa maksud yang sangat negatif...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd