• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pengesahan Dakwaan Penahanan Jho Low – Fuzi

oleh Ahmad Albab
20/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada pihak dapat mengesahkan dakwaan bahawa ahli perniagaan Low Taek Jhow atau Jho Low yang sedang diburu berhubung siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), telah ditahan di China.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya telah membuat semakan terhadap perkara itu namun belum dapat sebarang perkembangan.

“Kita telah buat semakan dengan pihak polis dan kedutaan China berhubung dakwaan ini. Namun, tiada pun antara mereka yang dapat sahkan penahanan tersebut,” katanya selepas hadir Majlis Serah Terima Tugas jawatan Pengarah Jabatan Pengurusan dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini hari ini.

Blog Sarawak Report pada Rabu melaporkan sebuah stesen radio di Hong Kong menyiarkan satu laporan berita berhubung penahanan Jho Low di China.

Pasport Jho Low dibatalkan oleh Jabatan Imigresen pada 15 Jun atas permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyiasatan mereka terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sementara itu, Fuzi berkata polis turut melakukan siasatan terhadap laporan polis yang dibuat Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy berhubung kes fitnah terhadapnya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ramasamy dikatakan terlibat dengan ahli politik Kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (pro-LTTE) V Gopalasamy (Vaiko) setelah gambar mereka berdua diambil dalam satu majlis perkahwinan baru-baru ini yang tular di media sosial.

Sementara itu, majlis tersebut menyaksikan bekas Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab menyerahkan dokumen serah terima tugas kepada Pengarah Pengurusan Bukit Aman yang baharu Datuk Asri Yusoff.

Abdul Ghafar yang berkhidmat di PDRM selama 39 tahun akan bersara wajib Ahad ini dan diberi penghormatan paluan berundur 6 petang ini di Pulapol.

Selain itu, majlis turut menyaksikan penyerahan penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 100 orang pegawai dan anggota bagi menghargai jasa dan sumbang bakti mereka kepada tanah air. – BERNAMA

Tags: Jho LowTan Sri Mohamad Fuzi Harun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar US

Next Post

Pemergian Ng Kehilangan Besar Kepada PH

Related Posts

‘Saya Bersemuka Dengan Jho Low, Persoalkan Gaya Hidupnya Bermewah-mewah’ – Najib

‘Saya Bersemuka Dengan Jho Low, Persoalkan Gaya Hidupnya Bermewah-mewah’ – Najib

16/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau bersemuka dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih...

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

10/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, berkemungkinan nombor akaun peribadi Ambank miliknya dikongsi oleh...

Next Post

Pemergian Ng Kehilangan Besar Kepada PH

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd