• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lelaki Yang Nak Serius – Kaka Azraff

oleh
18/07/2018
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi Kaka Azraff yang meletakkan sasaran menamatkan status solo sebelum usia 30 tahun, mengaku tertekan apabila teman-teman rapat sudah mendirikan rumah tangga.

Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 29, mengaku menjalin hubungan dengan seorang jejaka dalam tempoh setahun, namun kini lebih memberi tumpuan kepada kerjaya seni.

“Tipulah jika saya langsung tak terkesan apabila melihat rakan-rakan sudah berkahwin.

“Namun, saya percaya jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan… Sejauh mana kita mencuba, jika belum masanya, maka ia tidak akan terjadi,” katanya kepada BH Online.

Mengulas lanjut hubungannya dengan jejaka terbabit, Kaka berkata, mereka sekadar berkawan.

“Memang kami berkenalan sepanjang tempoh setahun tetapi sekadar kawan.

“Buat masa ini, saya tak nampak sesiapa yang ingin membawa hubungan ke peringkat lebih serius,” katanya.

Sehubungan itu, tambah Kaka, dia lebih banyak memberi tumpuan kepada bidang lakonan dan nyanyian.

“Ini lebih mudah… Jadi fokus saya terhadap kerjaya tidak lari,” katanya ditemui pada majlis pelancaran single keenam berjudul Sibuk hasil kolaborasi bersama bekas anggota Sleeq, Alif di sini, hari ini.

Mengulas mengenai single itu, Kaka berkata:

“Sibuk adalah lagu milik Alif yang sudah disimpan sejak enam bulan lalu. Entah mengapa, saya tertarik dengan melodi lagu itu yang dekat di hati saya.

“Alif akhirnya mengalah dan memberi kesempatan kepada saya untuk menyanyikan lagu itu. Buat masa ini, saya selesa bekerjasama dengan Alif sebagai komposer dan penerbit lagu saya,” katanya.

Kaka dan Alif mula bergandingan menerusi lagu Bukan Hal Aku yang membawa mereka mara ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-30. – Berita Harian

Tags: kaka azraff
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Exco Kerajaan N.Sembilan Pertama Isytihar Harta Peribadi

Next Post

Surat Jemput Radiohead Ke Malaysia Dalam Proses Akhir

Related Posts

Kaka Azraff Selamat Bergelar Isteri

15/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Dengan sekali lafaz, penyanyi Kaka Azraff, 29, selamat diijabkabulkan dengan usahawan, Adam Azriff,25, pada jam 9.53 malam...

Hati Remuk… Mahu Pelaku Diberi Hukuman Setimpal – Kaka Azraff

21/09/2018
0

PENYANYI Kaka Azraff tidak mampu menahan rasa marah terhadap dua individu yang menganiaya seekor kucing sehingga mati di sebuah kedai...

Next Post

Surat Jemput Radiohead Ke Malaysia Dalam Proses Akhir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd