• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kematian Akibat HFMD Di Pulau Pinang

oleh Cj Mnh
19/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan ada kematian disebabkan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri itu setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Afif Bahardin berkata mereka tidak akan menyembunyikan perkara itu jika benar ia berlaku.

“Setakat sekarang kita tidak mencatatkan sebarang kematian akibat kes HFMD. Jika ada kita akan laporkan kepada media,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau mengulas perkongsian menerusi aplikasi WhatsApp semalam yang mendakwa terdapat kematian akibat HFMD di negeri ini.

Mengulas lanjut, Dr Afif berkata sebanyak 2,170 kes HFMD dilaporkan dari Januari sehingga semalam iaitu peningkatan 100.2 peratus atau 1,084 kes bagi tempoh sama tahun lepas dan 97 kluster ditutup dari awal tahun hingga semalam berbanding hanya lapan bagi tempoh sama pada 2017.

Katanya setakat ini sebanyak 35 premis masih ditutup membabitkan tujuh sekolah rendah, taska (9), tadika (11), prasekolah (7) dan sebuah pusat jagaan.

“Daripada tujuh sekolah rendah itu hanya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shih Chung yang ditutup sepenuhnya manakala enam sekolah yang lain hanya membabitkan beberapa kelas.

“SJKC Sum Sun sebanyak sembilan kelas ditutup, SJKC Chong Cheng 11 kelas, sebuah kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bakap, SJKC Sum Min 1 empat kelas dan masing-masing tiga kelas di SK Saujana Indah dan SJKC Moh Gee Pusat,” katanya.

Dr Afif berkata sehingga semalam, tiga kanak-kanak masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan hospital swasta berikutan dijangkiti HFMD.

Sehubungan itu beliau mengingatkan ibu bapa, pihak sekolah dan pusat jagaan agar memastikan tahap kebersihan kanak-kanak dan persekitaran menjadi keutamaan bagi mengawal penularan wabak tersebut.

“Pesakit boleh sembuh sendiri dalam tempoh tujuh ke 10 hari. Majoriti pesakit pulih sendiri hanya perlukan kuarantin dan juga perlukan rehat yang secukupnya,” katanya.

HFMD ialah satu penyakit disebabkan virus dan gejala penyakit itu adalah demam, ruam di tapak tangan, kaki dan ulser di mulut dan lidah serta gejala dan tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan atas (URTI).

HFMD disebabkan jangkitan virus khasnya daripada jenis Coxsackie A16 serta Enterovirus 71 (EV71) dan virus itu merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh dan najis pesakit. – BERNAMA

Tags: HFMDkematian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir

Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir

08/02/2024
0

TAWAU: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan sengaja menyebabkan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd