• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thierry Henry Di ‘Kem Yang Salah’

oleh Ahmad Albab
10/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTRA – Ketika pemain Perancis berbaris bagi menghadapi aksi separuh akhir Piala Dunia, esok, legenda mereka Thierry Henry akan memandang dari kawasan tempat duduk pemain simpanan Belgium.

Apa yang pasti, skuad Les Bleus tidak boleh berhenti untuk bercakap mengenai Henry, pemain yang menjadi antara tonggak Perancis yang menjuarai Piala Dunia 1998 di laman sendiri.

Ketika ini, beliau adalah pembantu pengurus kepada jurulatih Belgium, Roberto Martinez sejak 2016 dan membantu skuad dengan julukan Red Devils itu mara ke peringkat empat terbaik untuk kali kedua dalam sejarah.

Memiliki reputasi hebat dengan menyumbat 51 gol dalam 123 penampilan antarabangsa bersama Perancis membantu negaranya menjadi juara dunia dan Eropah, ironinya Henry ketika ini mencari jalan terbaik untuk membawa Belgium ke final di Russia.

“Sesuatu yang pelik untuk melihatnya menentang kami,” kata penyerang Perancis, Olivier Giroud. “Dia adalah legenda hidup bola sepak Perancis.

“Dia sudah menyumbang begitu banyak kejayaan kepada pasukan Perancis dan kami semua amat menghormatinya atas apa yang dia sudah dilakukannya.

“Tetapi sudah tentu saya akan berbangga untuk menunjukkan ‘Titi’ (nama julukan Henry) berada di kem yang salah,” katanya.

Selepas menghabiskan kebanyakan kariernya bersama kelab England, Arsenal, Henry yang kini berusia 40 tahun tidak banyak terbabit dengan bola sepak di Perancis sekali pun dianggap antara paling popular di negaranya.

Presiden Persekutuan Bolasepak Perancis, Noel Le Graet memberitahu AFP mereka “terlepas untuk melihatnya dan dia juga tidak banyak berhubungan dengan persekutuan.

“Kadang kala kehidupan boleh menjadi seperti itu. Dia berada di England sejak begitu lama dan saya secara peribadi tidak banyak menghubunginya,” kata Le Graet yang berkata Henry menjadikan Belgium pasukan “yang gemar menyerang”.

Henry menyertai Belgium pada 2016 sejurus Martinez dilantik dan dilaporkan beliau ditugaskan untuk membimbing penyerang seperti Romelu Lukaku dan Michy Batshuayi yang tampak menyinar di Russia setakat ini.

Bekas penjaga gol Belgium, Jean-Marie Pfaff yang membantu skuad itu ke separuh akhir edisi 1986 berkata Henry akan ‘menjadi lawan Perancis paling utama’ di peringkat separuh akhir. – AFP/BH ONLINE

Tags: Piala Duniathierry henry
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Memalukan… Malaysia, Oman Tak Dibenarkan Berlatih Di Stadium Nasional

Memalukan… Malaysia, Oman Tak Dibenarkan Berlatih Di Stadium Nasional

25/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Oman tidak akan 'mencuba' atau menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional, Bukit Jalil menjelang aksi kelayakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd