• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Gesa Kaji Royalti Minyak Berdasarkan Untung

oleh Ahmad Albab
21/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Kerajaan negeri akan mengkaji keputusan kerajaan persekutuan memberi royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar petroleum berdasarkan keuntungan diperoleh daripada negeri terlibat, dengan lebih mendalam.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pada dasarnya Terengganu hanya akan bersetuju jika pemberian royalti itu memberi keuntungan kepada kerajaan negeri bagi memastikan dana yang diperoleh dapat digunakan bagi pembangunan negeri dan menjaga kepentingan rakyat.

“Bagaimanapun jika perdana menteri umum untuk beri royalti 20 peratus berdasarkan keuntungan syarikat pengeluar minyak mengikut negeri, agihan hasil boleh jadi kurang atau lebih daripada yang kita kira sebelum ini.

“Oleh itu, sebelum membuat sebarang keputusan, kita akan tengok dengan lebih jelas lagi mana yang akan mendatangkan keuntungan kepada Terengganu,” katanya ketika ditemui selepas majlis kutipan dana pendidikan di Rusila di sini semalam.

Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas mengenai pemberian royalti berdasarkan jumlah keuntungan yang diperoleh negeri-negeri berkenaan.

Pada persidangan Dewan Rakyat 19 Julai lepas, Dr Mahathir berkata kerajaan Pakatan Harapan komited merealisasikan janjinya yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14, termasuk pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar petroleum di negara ini. – BERNAMA

Tags: Kerajaan TerengganuRoyalti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS, BN ‘Adik-Beradik’ – Dr Mahathir

Next Post

AKSEM Tahan Lelaki Bersama 430 Kg Daum Ketum

Related Posts

Keputusan Lanjut Royalti P Ramlee Ditentukan Akhir Tahun

Keputusan Lanjut Royalti P Ramlee Ditentukan Akhir Tahun

02/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan memberi tempoh hingga akhir tahun ini untuk membuat keputusan sama ada tempoh pembayaran royalti muzik kepada...

Kelantan Minta Petronas Kemuka Jumlah Rasmi Bayaran Royalti

31/10/2018
0

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri meminta Petronas agar mengemukakan jumlah rasmi bayaran royalti yang harus diterima oleh negeri berkenaan sejak...

Next Post

AKSEM Tahan Lelaki Bersama 430 Kg Daum Ketum

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd