• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Nafi Kawad Gaya Askar Komunis

oleh
26/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELAS… Tentera menafikan dakwaan kononnya latihan kawad ‘goose step’ oleh sekumpulan askar yang tular menerusi media sosial baru-baru ini sebagai menyerupai latihan kawad tentera komunis.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim memberitahu media bahawa meskipun latihan di Port Dickson, Negeri Sembilan itu seakan-akan kawad tentera komunis, ia bukanlah menjadi isu besar buat pihaknya.

Beliau sebaliknya mendakwa segala latihan kawad yang diamalkan di negara ini juga adalah berasal daripada askar British kerana pernah jajah negara ini sebelum merdeka dan kemudian diwarisi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kita tidak boleh memberi pandangan negatif berkenaan isu kawad ini kerana ia secara kebetulan masih lagi dalam peringkat kajian dan latihan sebelum mendapat kelulusan rasmi pelaksanaannya daripada pihak atasan.

Baca: Askar ATM Bakal Kawad Gaya Ala Komunis?

“Sebab itu, pihak ATM hanya diberi arahan (oleh pihak Jabatan Perdana Menteri) untuk mengkaji dan menilai terlebih dahulu ‘goose step’ ini mengikut kesesuaian fizikal, pakaian, anggota dan sebagainya,” kata Zulkiple.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas hadir berucap pada Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Olahraga Tentera Darat ke-37, Tahun 2018 di Stadium Universiti Tenaga Nasional di Bangi, Selangor hari ini.

Semalam, ramai netizen dilaporkan kesal dengan corak kawad itu seolah-olah ATM kini ‘dipengaruhi’ unsur askar negara komunis sedikit demi sedikit di bawah menteri dan timbalan menteri baharu dari kerajaan Pakatan Harapan.

Mengulas lanjut, jelas Zulkiple, pihak ATM kini sedang memberi latihan kepada beberapa kumpulan anggota tenteranya untuk mempelajari kawad tersebut selama dua minggu bermula 23 Julai lalu. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Goose StepKomunis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mendakwa tiada elemen negatif dan sensitif dalam dua buah buka yang mengisahkan...

Suami Isteri Beri Keterangan Mengenai Karikatur Komunis

13/01/2021
0

GEORGETOWN - Pasangan suami isteri yang mempamerkan karikatur wajah pemimpin komunis di restoran milik mereka tampil ke Ibu Pejabat Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd