Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

MyCC: Jangan Berpakat Tetapkan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), memberi amaran kepada operator bas sekolah...

Vaksinasi ‘Walk-In’ Di Lembah...

PUTRAJAYA - Program vaksinasi Covid-19 secara walk-in atau jumpa terus di pusat pemberian vaksin (PPV)...

Makkah: Belum Pulang Tapi...

BENAR kata mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, perasaan rindu...

Pas Tolak Jajaran Baharu...

ARAU: Pas menolak jajaran politik baharu yang bakal diusahakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Tanya Dulu Polis, Tentera Sebelum Mansuh SOSMA

SARAN… Pakatan Harapan (PH) sepatutnya dapat pandangan terperinci daripada pihak berkuasa keselamatan sebelum umum hasrat mansuh Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Perkara itu dibangkitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau menyifatkan pengumuman kerajaan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu dibimbangi akan menyebabkan negara terdedah kepada ancaman keganasan.

Menurut Najib, SOSMA yang dilaksanakan semasa pentadbirannya itu bersifat tindakan awal atau preemtive untuk mencegah ancaman kepada negara serta rakyat manakala tindakan penahanan individu diletakkan di bawah bidang kuasa mahkamah dan bukannya melalui kuasa Perdana Menteri atau menteri yang berkaitan.

“Seharusnya kerajaan perlu tanya (dapatkan pandangan) daripada mereka yang menjalankan tanggungjawab memelihara keselamatan negara seperti angkatan tentera, polis dan pihak berkuasa lain. Pemansuhan SOSMA dilihat akan membantutkan usaha mereka menyekat ancaman keganasan di negara kita.

“Tujuan SOSMA itu untuk selamatkan nyawa dan harta benda rakyat dan perkara itu tidak boleh digadai sama sekali. Apabila berlakunya keganasan di negara kita, sudah tentunya ia menjejaskan keyakinan dunia terhadap Malaysia,” katanya.

Ahad lalu, Dr. Mahathir dilapor mengumumkan jaminan untuk memansuhkan SOSMA yang diluluskan pada tahun 2012 ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Menurut Perdana Menteri, akta tersebut membenarkan kerajaan menangkap sesiapa sahaja tanpa perlu mendapatkan perintah mahkamah.


Dalam pada itu, Najib turut mempersoalkan langkah kerajaan menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang menyebabkan golongan sasar yang memerlukan bantuan tidak lagi mendapat pembelaan yang sewajarnya.

“Mereka (kerajaan) amalkan dasar populis menghapuskan GST yang merupakan sistem percukaian yang adil dan telus. Hasil cukai yang diambil daripada mereka memberi barangan dan perkhidmatan itu sebenarnya dipindahkan kepada rakyat yang memerlukan seperti nelayan, pekebun kecil, pesawah, penjawat awam dan sebagainya,” ujarnya.

Terdahulu Najib mengadakan program bertemu rakyat sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis bersama calon BN, Datuk Lokman Noor Adam.

  • Lagi berita berkaitan:
  • SOSMA

Kategori