• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyCC: Jangan Berpakat Tetapkan Tambang Bas Sekolah

oleh Ahmad Albab
17/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), memberi amaran kepada operator bas sekolah supaya tidak berpakat dalam menetapkan tambang yang dikenakan ke atas ibu bapa pelajar berikutan keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) baru-baru ini untuk menyahkawal tambang bas sekolah.

Pengerusi MyCC, Tan Sri Siti Norma Yaakob berkata, operator bas sekolah perlu membiarkan harga tambang bas secara bebas dan sebarang usaha untuk menetapkan harga itu bertentangan dengan Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.

“Akta itu melarang perusahaan termasuk persatuan daripada menetapkan secara langsung atau tidak langsung suatu harga belian atau jualan atau apa-apa syarat perdagangan yang lain bagi pembelian barangan dan perkhidmatan.

“Kenaikan harga bukanlah satu amalan anti persaingan, namun jika kenaikan harga tersebut merupakan hasil daripada pakatan melalui perjanjian-perjanjian penetapan harga oleh mana-mana persatuan atau mana-mana kumpulan penjual, pembekal atau pengeluar, kegiatan seperti kartel ini ialah satu pelanggaran yang serius dibawah akta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Siti Norma, penyahkawalan struktur tambang bas sekolah membolehkan pengendali-pengendali bas sekolah tidak terikat kepada satu struktur tambang tetap tetapi bebas menentukan anggaran tambang masing-masing berdasarkan kos operasi mereka sendiri.

Jelasnya, jjka sesebuah perusahaan didapati bersalah atas pelanggaran Akta, MyCC boleh mengenakan penalti sehingga 10 peratus pendapatan sedunia perusahaan tersebut sepanjang tempoh pelanggaran Akta Persaingan 2010 atau mengenakan mana-mana arahan lain dianggap sesuai untuk memastikan akta itu dipatuhi oleh persatuan dan perusahaan perniagaan pada masa akan datang.

Beliau memberi contoh satu kes baru-baru ini melibatkan kes penetapan harga yang disiasat oleh MyCC iaitu Persatuan Bakeri dan Manisan Sibu yang menaikkan harga manisan dan produk-produk bakeri secara kolektif.

Menurut beliau, MyCC pada 30 September lalu telah mengeluarkan cadangan penalti bernilai RM439,000 kepada 24 anggota persatuan tersebut yang didapati mengambil bahagian dalam perjanjian penetapan harga berkenaan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kelakuan oleh persatuan dan perusahaan perniagaan yang sedang atau telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti penetapan harga perlu menghubungi MyCC di talian 03-2273 2277 atau melalui e-mel di [email protected],” katanya. – mynewshub.cc

 

Tags: basMyCC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Kelajuan bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) Jun lalu...

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

12/07/2025
0

RANAU – Seramai 22 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd