• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Ditahan Dipercayai Tokan Dadah

oleh
06/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUAMI isteri yang hidup bergantung dengan hasil menjual dadah ditahan polis di rumahnya di FELDA Sungai Tekam Utara, Jerantut, semalam.

Pasangan itu ditahan dalam serbuan pada 10.40 pagi yang dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jerantut selepas menerima maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, ketika serbuan pasangan terbabit yang berusia 38 dan 34 tahun sedang berehat dalam rumah dan gagal melarikan diri kerana dikepung polis.

“Pemeriksaan menemui serbuk dipercayai dadah jenis heroin seberat 61.98 gram diikuti syabu (10.10gram), pil eramin 5 (0.24gram) serta pil kuda (0.29 gram), dianggarkan bernilai RM7,500 dan dibawa masuk dari negeri jiran.

“Kita turut merampas motosikal jenis Yamaha Lagenda bersama wang tunai berjumlah RM579 hasil daripada penjualan dadah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai aktif dalam pengedaran dadah di sekitar FELDA Sungai Tekam Utara sejak dua bulan lalu.

“Lelaki terbabit tidak bekerja dan mempunyai empat rekod lampau termasuk tiga kes dadah,” katanya.

Katanya, suspek lelaki juga positif methamphetamine manakala isterinya negatif dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Kedua-duanya ditahan reman dua minggu bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.-Mymetro

**Video sekadar hiasan..

Tags: Suami IsteriTokan Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd