• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Starbucks Haram Straw Plastik Menjelang 2020

oleh
28/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Selepas bertindak drastik tarik balik jutaan straw besi pada tahun 2016 lalu kerana risiko kecederaan mulut kanak-kanak, Starbucks kini mula rancang haram straw jenis plastik pula.

Menurut laporan media antarabangsa, menjelang tahun 2020, para pelanggan rangkaian kafe kopi terkenal itu tidak akan lagi diberikan penyedut plastik untuk pesanan minuman di kesemua cawangan Starbucks di seluruh dunia.

Langkah tegas tersebut akan dilaksanakan di lebih 28,000 cawangan kendalian terus syarikat dan berlesen. Perkara berkenaan sebenarnya sudah diumumkan oleh pihak pengurusan syarikat gergasi kopi popular itu pada 9 Julai.

Ibu pejabat Starbucks di Seattle, Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pekeliling itu dan berkata bahawa sebaliknya ia akan menyediakan penutup minuman tanpa straw plastik atau penyedut yang diperbuat daripada bahan lain.

Bagi para pelanggan yang lebih suka atau perlu menggunakan penyedut, Starbucks menyatakan bahawa penyedut diperbuat daripada kertas atau plastik yang mesra alam sekitaran akan disediakan untuk minuman Frappuccino.

Starbucks adalah antara kalangan beberapa syarikat besar global yang mengumumkan langkah pengurangan sisa plastik demi usaha lestari ekoran kebimbangan bahan buangan plastik cemari laut dan bunuh hidupan marin.

Syarikat perabot gergasi Sweden, IKEA baru-baru ini turut mengumumkan bahawa ia akan berhenti penjualan produk-produk plastik sekali guna di semua gedungnya di seluruh dunia secara muktamad menjelang tahun 2020.

Dalam pada itu menurut kenyataan Starbucks, penutup minuman tanpa penyedut yang baharu akan pertama kali dilaksanakan secara perintis di premis syarikat tersebut Seattle dan Vancouver, Kanada pada suku ketiga tahun ini.

Pelaksanaan bertahap-tahap di seluruh AS dan Kanada akan menyusul kemudian. Pelaksanaan global hanya akan bermula di Eropah dengan beberapa cawangan di Perancis dan Belanda. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: starbucksStraw
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

McDonald’s, Starbucks Hentikan Perniagaan Di Russia

09/03/2022
0

LONDON : McDonald's Corp dan Starbucks Corp menghentikan sementara ratusan restoran di Russia, dengan Coca-Cola dan Pepsi turut muncul syarikat...

Perak Kaji Larangan Penggunaan Straw Plastik

01/12/2018
0

IPOH - Kerajaan negeri akan kaji dahulu sebelum kuat kuasa larangan penggunaan straw minuman plastik di negeri itu, kata Exco...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd