• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Terima Pemakluman Rasmi Kekosongan Kerusi DUN Balakong

oleh
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, kata Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata pemakluman rasmi itu diterima daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Ng Suee Lim hari ini.

Kekosongan kerusi tersebut adalah berikutan kematian penyandangnya, Ng Tien Chee akibat kemalangan di Lebuhraya Grand Saga pada 20 Julai lepas.

Sehubungan itu, Mohamed Elias berkata SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin ini (30 Julai), jam 10 pagi di Ibu Pejabat SPR di sini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK).

Ia termasuklah tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya itu dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut, katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Ng, anggota DAP yang bertanding atas tiket PKR, mengalahkan dua pencabarnya​​, Lim Chin Wah (BN) dan Mohamad Ibrahim Ghazali (PAS), dengan majoriti 35,538 undi. – BERNAMA

Tags: SPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd