• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Mula Lancar Teksi Elektrik

oleh
31/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESRA ALAM… HDT Singapore Taxi disahkan berjaya menerima lesen pengendali khidmat teksi dan menjadikannya operator ketujuh di Singapura, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Syarikat tempatan itu diberikan lesen selama sepuluh tahun, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos serta akan mengendalikan sekurang-kurangnya 800 buah teksi elektrik, menurut pihak LTA dalam kenyataan medianya.

Perkhidmatan itu dilancarkan secara rasmi selepas operator baharu tersebut berjaya menjalankan ujian selama dua tahun di bawah Skim Inovasi dan Pembangunan Pengangkutan Singapura yang melibatkan 100 buah teksi elektrik.

“Saranan perniagaan HDT, struktur syarikat, rekod prestasi lalu dan keupayaan kewangan sudah menunjukkan daya maju perniagaan dan kebolehannya untuk beroperasi sebagai khidmat teksi yang lengkap,” menurut kenyataan LTA.

Agensi berita tempatan MediaCorp melaporkan bahawa HDT dikehendaki mengendalikan paling minimum 800 buah teksi elektrik dalam tempoh empat tahun selepas menerima lesennya, ataupun menjelang 31 Julai 2022.

Syarikat ditubuhkan pada tahun 2013 itu juga harus memastikan ia mempunyai stesen cas yang cukup di merata Singapura. Ia juga harus mematuhi tahap piawaian Ketersediaan Teksi dan Khidmat Bermutu, menurut LTA.

Setakat ini HDT sudah mempunyai 100 buah teksi elektrik manakala dianggarkan terdapat 30 buah stesen cas yang mampu memuatkan 120 buah kenderaan tersebut disediakan di seluruh di pulau berkenaan sejak tahun lepas.

Ketika ini ada hampir 80,000 buah teksi dengan lebih 100,000 pemandu di Singapura melibatkan pengendaliyang lain iaitu ComfortDelGro, CityCab, SMRT, Trans-Cab, Premier dan Prime Taxi. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: SingapuraTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd