• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Lembaga Pengarah Khazanah Letak Jawatan

oleh
26/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PROTES… Satu lagi imej buruk pentadbiran Pakatan Harapan (PH) setelah sayap pelaburan utama kerajaan, Khazanah Nasional Berhad mengesahkan semua ahli lembaga pengarah letak jawatan.

Ini termasuk Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar. Pengarah Khazanah Nasional lain terdiri daripada tokoh terkemuka seperti Datuk Sri Nazir Razak, Datuk Dr. Nirmala Menon dan Tan Sri Mohamed Azman Yahya.

Media antarabangsa melaporkan bahawa peletakan jawatan itu turut melibatkan nama besar antaranya Datuk Mohammed Azlan Hashim, Yeo Kar Peng, Tan Sri Andrew Sheng Len Tao dan Raja Tan Sri Arshad Raja Uda.

Dalam kenyataan akhbar tergempar di ibu negara pagi ini, pihak Khazanah hanya memberi dalih konon langkah pelik tersebut adalah bagi memudahkan cara peralihan yang lancar dan teratur oleh kerajaan baharu PH.

“Ahli Lembaga Pengarah ini berbesar hati telah diberikan peluang untuk berkhidmat kepada negara dan merasakan adalah lebih tepat bagi menawarkan kerajaan baharu hak dalam pembentukan lembaga pengarah yang baharu.

“Kami hanya akan mengeluarkan kenyataan lebih lanjut selepas kami mendapat butiran mengenai pembentukan Lembaga Pengarah baharu,’’ kata kenyataan Khazanah yang turut mengejutkan banyak pihak di seluruh dunia.

Sebelum ini, negara gempar dengan pengunduran ramai tokoh wibawa dalam pelbagai jabatan dan agensi penting kerajaan digantikan dengan muka baharu ekoran kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Penganalisis industri namun berpendapat bahawa kes terkini ini akan menyaksikan lebih ramai anggota pengurusan syarikat milik kerajaan di mana Khazanah ada kepentingan, bakal ikut jejak langkah ahli lembaga pengarah tersebut.

Menurut laporan media, pada sesi mesyuarat semalam, yang dipengerusikan sendiri oleh pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah, Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof ada buat satu keputusan dipersetujui secara sebulat suara.

Mereka berpendapat bahawa kerajaan baharu pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memenangi PRU ke-14 pada 9 Mei lepas, harus dibenarkan untuk menentukan semula struktur kepimpinan bagi dana milik kerajaan itu.

Keputusan bagi menyerahkan surat tanpa tarikh itu bertujuan memberi Perdana Menteri itu kata putus untuk menentukan siapakah yang harus pergi atau kekal di Khazanah, kata pegawai yang rapat dengan syarikat tersebut.

Khazanah yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan diperbadankan pada 1993 berfungsi dalam mengurus semua aset komersial kerajaan Malaysia dan merupakan pemegang amanah kepada aset kewangan negara.

Objektif tersuratnya adalah untuk “menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan membuat pelbagai pelaburan yang strategik bagi pihak kerajaan persekutuan yang dapat menyumbangkan semula kepada pembangunan negara”.

Dengan aset keseluruhan dianggarkan bernilai RM145 bilion, portfolio Khazanah meliputi Axiata, CIMB, Tenaga Nasional, IHH Healthcare, UEM, Telekom Malaysia, Malaysia Airlines dan Malaysia Airports. – Mynewshub.TV

Tags: Khazanah Nasional Berhad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Melayu Adalah Pendatang, Malaysia Tanah Air Kaum India

Next Post

Agamawan Mengikut Acuan Barat

Related Posts

Muhyiddin Dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah

02/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan pelantikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah Nasional...

Hassan Marican Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohd Hassan Marican meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd. untuk menumpukan perhatian...

Next Post

Agamawan Mengikut Acuan Barat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd