• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Pusat Hiburan Gempar Dengan Tembakan

oleh Ahmad Albab
14/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat hiburan di Taman Maluri, Cheras di sini gempar apabila sekurang-kurangnya 26 das tembakan dilepaskan di luar premis itu malam tadi.

Ia merupakan insiden tembakan yang kedua membabitkan pusat hiburan di ibu negara susulan insiden pertama di Bukit Bintang pada 24 Jun lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya menemui 26 kelongsong peluru kaliber 5.56 milimeter (mm) di tempat kejadian selepas menerima laporan mengenai insiden itu, kira-kira 9.30 malam.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian turut menemui 18 helaian kertas bersaiz A4 yang memaparkan gambar dua lelaki dipercayai berbangsa Cina.

“Bagaimanapun tiada mangsa yang tercedera dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua kertas terbabit ditemui pada jarak kira-kira 22 meter dari lokasi suspek melepaskan tembakan.

Katanya polis sedang menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup di sekitar kawasan kejadian.

“Polis juga menyiasat dengan terperinci sama ada kes tembakan ini mempunyai kaitan dengan satu lagi kejadian tembak di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi ASP Mutazlim Hamdan di talian 03-92050222 atau 019-7842754, Insp Mohamad Syafiq Mohamad Rusdin di talian 03-92050222 atau 018-2404072 dan Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584.

Pada 24 Jun lepas, orang ramai dan pelanggan di sekitar sebuah pusat hiburan bertaraf empat bintang gempar apabila 25 das tembakan dilepaskan dalam satu kejadian di Bukit Bintang di sini pada kira-kira 10.50 malam.

Difahamkan, tembakan itu dilepaskan mungkin sebagai tanda amaran kerana perselisihan faham berkaitan perniagaan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: pusat hiburantembakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jemaah Jangan Leka Gajet Semasa Di Tanah Suci

Next Post

KPKT Sedia Kaji Gaji Anggota Bomba

Related Posts

Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

09/02/2025
0

SHAH ALAM: Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam...

Polis Serbu Pusat Hiburan, 15 GRO Warga Asing Ditahan

Polis Serbu Pusat Hiburan, 15 GRO Warga Asing Ditahan

23/11/2024
0

JOHOR BAHRU - Polis menahan 15 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) termasuk seorang lelaki warga tempatan...

Next Post

KPKT Sedia Kaji Gaji Anggota Bomba

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd