• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Masih Tunggu Penjelasan Lanjut Royalti

oleh
24/07/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sarawak masih menunggu penjelasan lebih lanjut mengenai komitmen kerajaan dalam isu berkaitan pemberian ‘royalti’ minyak dan gas sebanyak 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluarnya sebagaimana yang diumumkan sebelum ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata beliau berpandangan royalti adalah berkaitan soal pemilikan harta, dan persefahaman perlu wujud antara pengusaha dengan pemilik harta berkenaan.

Beliau berkata apa yang difahamkan selama ini ialah pemberian lima peratus royalti diberi terhadap pengeluaran minyak dan gas dalam kawasan negeri, dan Kerajaan Negeri mahukan supaya peratus itu dinaikkan kepada 20 peratus.

“Ini kerana nilai matawang berbeza antara dahulu berbanding sekarang, dan permintaan terhadap minyak dan gas juga berbeza, namun kita tidak boleh berkompromi dalam isu berkaitan pemilikan,” katanya kepada pemberita pada persidangan media selepas merasmikan Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Tanah dan Survei Sarawak di sini hari ini.

Menurut beliau, ketika ini pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat kerana kenyataan lebih terperinci berhubung royalti di pihak Kerajaan Persekutuan ketika ini masih kurang jelas, sama ada 20 peratus dikira daripada jumlah keuntungan, ataupun jumlah pengeluaran.

Abang Johari berkata, itu sebabnya beliau membuat kenyataan baru-baru ini meminta penjelasan lebih lanjut diberi mengenai perkara itu, dan setakat ini beliau masih belum mendapat apa-apa maklum balas mengenainya.

Pada persidangan Dewan Rakyat 19 Julai lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited merealisasikan janjinya, termasuk dalam soal pemberian royalti 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar petroleum, namun beberapa persoalanan menyusul selepas itu apabila ada negeri yang mempertikaikan sama ada peratus dikira dari sudut pengeluaran atau keuntungan bersih.

Sementara itu, semasa menjawab satu soalan mengenai kemampuan kerajaan pimpinan PH mengotakan janji-janji manifestonya berhubung soal royalti minyak dan gas kepada negeri-negeri, Abang Johari berkata itu terpulang kepada rakyat untuk menilainya sendiri, dan baginya ketika ini “no komen”.

“Bagi saya, saya akan pertahankan pendirian Sarawak. I don’t want to comment further at this moment, let the people comment (Saya tidak mahu komen lanjut buat masa ini, biar orang ramai komen) mengenai janji-janji PH berhubung perkara berkenaan setakat ini,” katanya.

Katanya, semalam beliau dikunjungi oleh Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang ingin mendengar pendirian Sarawak mengenai perkara itu, dan mereka ada berbincang mengenainya, namun ia bukanlah bersifat “perbincangan rasmi”.

Abang Johari berkata Sarawak menghormati Petronas sebagai pemain utama dalam industri minyak dan gas negara, dan semasa Kerajaan Negeri juga mempunyai hak ke atas tanahnya, kedua-dua pihak perlu bekerjasama dalam suasana ‘menang-menang’ untuk menjayakan industri itu.

Beliau berkata selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Petronas bagi memulakan prosiding undang-undang terhadap Kerajaan Negeri Sarawak berhubung haknya untuk mengawal selia aktiviti huluan minyak dan gas negeri pada bulan lepas, syarikat minyak itu ada datang untuk berbincang lebih lanjut dengan beliau.

Katanya perbincangan merujuk kepada langkah seterusnya, namun ketika ini beliau tidak dapat mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara itu, dan menegaskan bahawa jalan penyelesaian ‘menang-menang’ sedang diusahakan. – BERNAMA

Tags: Datuk Patinggi Abang Johari Tun OpengRoyalti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Lanjut Royalti P Ramlee Ditentukan Akhir Tahun

Keputusan Lanjut Royalti P Ramlee Ditentukan Akhir Tahun

02/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan memberi tempoh hingga akhir tahun ini untuk membuat keputusan sama ada tempoh pembayaran royalti muzik kepada...

Kelantan Minta Petronas Kemuka Jumlah Rasmi Bayaran Royalti

31/10/2018
0

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri meminta Petronas agar mengemukakan jumlah rasmi bayaran royalti yang harus diterima oleh negeri berkenaan sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd