• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-61 Bersejarah – Gobind

oleh
27/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan 2018 adalah penuh bersejarah kerana pertama kali diraikan di bawah tampuk kepimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’, Putrajaya dipilih sebagai lokasi sambutan pada 31 Ogos nanti bagi meraikan kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu, katanya.

“Kerajaan pilihan rakyat ini akan memastikan kegemilangan baharu akan dilakar dan dikecapi oleh semua rakyat dari sekarang dan seterusnya pada masa hadapan,” katanya pada sidang media sempena Hari Kebangsaan 2018, di sini hari ini serta turut memperkenalkan logo Hari Kebangsaan 2018 dan lagu tema ‘Kita Punya Malaysia’.

Beliau berkata sambutan akan bermula di Padang Kota Lama, Pulau Pinang dengan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 yang akan disempurnakan Perdana Menteri pada 4 Ogos.

“Pulau Pinang dipilih kerana kita mahu kempen jelajah kibar jalur gemilang bermula di utara (Semenanjung Malaysia) ke Putrajaya dan seterusnya berakhir di Sabah untuk sambutan Hari Malaysia 2018,” katanya.

Gobind berkata pelbagai acara menarik diatur sepanjang tiga hari iaitu pada 3 hingga 5 Ogos di Pulau Pinang seperti pertunjukan bunga api, kembara Merdeka Jalur Gemilang, Pameran Caring Bridge dan MyMerdeka, karnival trak makanan, larian merdeka dan jualan My Best Buy FAMA.

Beliau berkata pelepasan program kembara Merdeka Jalur Gemilang yang menjelajah ke seluruh negara bermula di Pulau Pinang pada 4 Ogos dan dijadualkan tamat di Putrajaya pada 31 Ogos.

Logo ‘Sayangi Malaysiaku’, ciptaan Nik Zulkifli Nik Hitam adalah antara 632 penyertaan yang diterima kementerian untuk dipilih sebagai logo rasmi Hari Kebangsaan 2018.

Katanya logo tersebut yang dipilih sendiri Perdana Menteri pada 25 Julai lepas, menggambarkan simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan menyatukan mereka.

“Logo ini membawa maksud warganegara Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia sekata, bersatu padu dan terpahat perasaan kasih saying yang kukuh kepada negara Malaysia,” katanya.

Selain itu, katanya lagu tema Hari Kebangsaan 2018 bertajuk ‘Kita Punya Malaysia’ nyanyian kumpulan Bunkface, dicipta oleh vokalisnya, Sam.

Berbeza dengan genre lagu tema Hari Kebangsaan sebelum ini, Gobind berkata lagu berentak pop yang menarik dan bertenaga itu turut dipilih Dr Mahathir daripada beberapa lagu yang dihantar untuk pemilihan.

“Lagu ini menggambarkan Malaysia ini kita punya dan kita perlu bersatu dalam kepelbagaian serta mempunyai jati diri yang tinggi, berganding bahu dalam membangunkan negara tercinta,” katanya dan bakal dimainkan media-media rasmi bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Ditanya mengenai sambutan kurang baik dalam kempen kibar Jalur Gemilang pada tahun-tahun sebelum ini, beliau berharap rakyat dapat bersama-sama menunjukkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan itu.

“Apabila tiba Hari Merdeka, kita semua merasakan ia adalah penting buat kita, jadi seharusnya semua rakyat Malaysia menunjukkan usaha bahawa mereka adalah sebahagian daripada sambutan itu. Mari kita jayakan sambutan ini bersama-sama.

“Saya mohon kerjasama setiap rakyat Malaysia bersatu hati mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga mulai sekarang dan sepanjang Ogos hingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Kota Kinabalu, Sabah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gobind Singh Deo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gobind Dakwa 5,000 Hadir Program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP

Gobind Dakwa 5,000 Hadir Program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP

26/04/2026
0

PUCHONG - Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo mendakwa lebih 5,000 orang menghadiri program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP Bandar...

DAP Bina Malaysia Yang Bersatu, Kuat Dan Berjaya – Gobind

DAP Bina Malaysia Yang Bersatu, Kuat Dan Berjaya – Gobind

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo menyeru seluruh ahli dan penyokong parti itu untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd