• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
26/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan momentum positif semalam untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, memandangkan peserta pasaran berpendapat mata wang terbesar yang mendapat manfaat daripada pasca pengumuman perdagangan Kesatuan Eropah-AS adalah mata wang berkaitan komoditi dan bersifat berisiko perdagangan.

Ketua Perdagangan di Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata berdasarkan harga minyak mentah kembali meningkat, mata wang tempatan sewajarnya diniagakan pada kecenderungan positif hari ini.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan disebut pada 4.0480/0510 berbanding dolar AS daripada 4.0530/0580 ketika ditutup pada Rabu.

“Bagaimanapun, keadaan positif itu mungkin dipengaruhi oleh perkara yang tidak diketuai dalam pertikaian perdagangan AS-China,” katanya.

Semalam, AS dan Kesatuan Eropah bersetuju terhadap “sifar tarif” selain akan menyelesaikan beberapa isu berkaitan sekatan perdagangan dan subsidi antara dua ekonomi terbesar itu.

Ringgit bagaimanapun diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan lemah berbanding yen kepada 3.6547/6578 daripada 3.6464/6513 semalam dan susut berbanding euro kepada 4.7499/7543 daripada 4.7428/7503.

Nota tempatan turut rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9798/9831 daripada 2.9766/9810 semalam dan susut berbanding pound kepada 5.3446/3502 daripada 5.3337/3407. – BERNAMA

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Nilai ringgit dilihat kembali menunjukkan trend penyusutan yang lebih ketara berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Nilai mata wang tempatan, ringgit Malaysia, dilihat kembali melemah apabila didagangkan sekitar RM4.03 berbanding dolar Amerika Syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd