• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah RM4,000: Staf Perikanan Perlis Direman

oleh Cj Mnh
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang kakitangan Jabatan Perikanan Perlis direman enam hari, bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah berjumlah RM4,000.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurul Hafzan Ab Aziz di Mahkamah Majistret Kangar, Perlis, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Sumber memberitahu, suspek berusia 48 tahun itu ditahan di sebuah kedai makan di Kuala Sungai Baru kira-kira jam 1.50 petang semalam.

Katanya, suspek meminta wang berjumlah RM4,000 daripada seorang pemilik bot dan wang berjumlah RM2,000 sudah pun diberikan sebelum ini.

“Suspek adalah individu yang menguruskan hal berkaitan perlesenan. Suapan itu bertujuan untuk mempercepatkan proses perbaharuan lesen vesel pemilik bot berkenaan,” katanya.

Sumber itu berkata, SPRM juga sudah membekukan empat akaun atas nama suspek yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM500,000.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan pembekuan akaun itu namun enggan mengulas lanjut. – BH Online

Tags: jabatan perikanan perlisrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd