Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Pembeli Rumah PR1MA Boleh...

PETALING JAYA : Pembeli rumah melalui Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) boleh mendapatkan pembiayaan...

Adele Pernah Kemurungan Selepas...

PENYANYI terkenal Britain, Adele, 28, mendedahkan dia mengalami kemurungan selepas melahirkan anak pertama, Angelo,...

JKN Perak Henti Pemantauan...

IPOH - Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah menghentikan pemantauan ke atas Taman Tema...

Pulau Pinang Perkenal Jersi...

GEORGE TOWN - Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) hari ini memperkenalkan jersi...

Ramos Pemain Terbaik Liga Premier Edisi Jun 2018

KOTA KINABALU – Pemain import Sabah FA Hector Omar Ramos Lebron, 28, terpilih sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Premier Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) asiana.my bagi edisi Jun 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM Izham Ismail berkata pemain import dari Puerto Rico itu berjaya meraih undian tertinggi 663 undi (52.74 peratus) mengalahkan empat calon lain pencabarnya.

Izham berkata calon lain itu ialah Thiago Agusto Fernandes dari Felda United mendapat 173 undi (13.76 peratus) diikuti Mugenthirran Ganesen dari MIFA mendapat 160 undi (12.73 peratus), Darren Lok dari pasukan JDT II memperoleh 143 undi (11.38 peratus) dan Akanni Sunday dari Terengganu FC II meraih 118 undi (9.39 peratus).

“Ini merupakan kali kedua pemain dari pasukan Sabah FA menerima anugerah selepas Robson Rendy Rining pada Februari tahun ini.

“Anugerah ini diberi untuk menghargai jasa dan usaha keringat mereka (pemain) yang bermain di atas padang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah itu di Stadium Likas di sini, hari ini.

Sementara itu, selaku pemenang anugerah itu Ramos melahirkan penghargaan atas sokongan yang diberikan oleh pasukannya Sabah FA.


Beliau berkata anugerah itu amat memberi makna buat dirinya sebagai pemain import di Sabah.

“Terima kasih atas anjugerah itu, saya amat menghargainya. Saya akan bekerja keras untuk perlawanan akan datang bagi mempasti impian menjadi realiti,” katanya.

Ramos menerima trofi dan gambar sumbangan asiana.my, wang tunai RM500 sumbangan 139associates dan MK, jersi tajaan PaddyGear, produk minuman tajaan BB7, barangan sukan tajaan AY Sports dan perapi rambut tajaan Major Pomade. – BERNAMA

Kategori