• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramasamy, Asri Bakal Bertemu

oleh Cj Mnh
25/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengadakan pertemuan tertutup dengan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bulan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata persetujuan diperoleh daripada kedua-dua pihak manakala beliau akan bertindak sebagai orang tengah dalam perbincangan terbabit.

Katanya, pertemuan itu antara lain akan membincangkan isu tuduhan kaitan Ramasamy dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

“Pertemuan tertutup ini akan diadakan di pejabat saya di Putrajaya secepat mungkin. Pelbagai tuduhan timbul di media sosial dan wujud keperluan untuk diadakan perbincangan dalam kalangan mereka terbabit.

“Maklum balas terkini menyatakan kedua-duanya bersetuju untuk bertemu manakala saya menjadi orang tengah.

“Pertemuan akan diadakan secara tertutup selepas mengambil kira keburukan yang boleh timbul jika dibuat dengan terbuka,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Mujahid berkata, keutamaan semua pihak ialah mencari penyelesaian dalam suasana harmoni, sekali gus mengakhiri segala tuduhan liar.

Katanya, pelbagai spekulasi akan dibangkitkan selagi mereka tidak berbincang dan menyelesaikan persoalan yang timbul.

“Prof Ramasamy adalah rakan saya dan beliau berperanan besar dalam membantu usaha perdamaian di Acheh,” katanya.

Semalam, Mohd Asri dilaporkan meminta DAP menyatakan pendirian parti itu terhadap Ramasamy yang dikaitkan dengan kegiatan kumpulan pengganas LTTE.

Jumaat lalu, Ramasamy menafikan pembabitannya dengan LTTE, sebaliknya cuma dilantik sebagai perunding proses perdamaian antara kerajaan Sri Lanka dan LTTE pada 2003 atas kapasiti Pensyarah Ekonomi Politik dan Pengurusan Antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). – BH Online

Tags: Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul AbidinDr P Ramasamy
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penunggang Motosikal Yang Ditahan Bonceng Mayat!

Next Post

DUN Pahang Hangat Isu Ubah Cuti Hujung Minggu

Related Posts

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

Ramasamy Saman Zakir Naik, Dakwa Difitnah Pada Ceramah Di Nigeria

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr...

Kesal Kabinet Majoriti Muslim Gagal Halang Muslim Terlibat Arak

15/11/2021
0

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin meluahkan rasa kesal apabila kabinet kerajaan yang terdiri daripada majoriti orang Islam masih tidak...

Next Post

DUN Pahang Hangat Isu Ubah Cuti Hujung Minggu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd