Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Samsung Galaxy S8, S8+...

KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia kini memperkenalkan telefon pintar Galaxy S8 dan S8+...

VIDEO: Pemuda ‘Terajang’ Warga...

SUSUALAN satu video viral amukan sorang pemuda yang menendang seorang pakcik sehingga tersungkur di...

Malaysia, Jepun Perluas Kerjasama...

TOKYO - Malaysia dan Jepun pada Isnin memeterai memorandum kerjasama untuk memperluaskan lagi...

Nampak Leher Dan Dada,...

MENJADI artis popular bukanlah kunci kebahagiaan kepada semua orang. Ada sahaja tindak tanduk...

Raja Bahrin Lapor SPRM Projek Mega Terbengkalai

PUTRAJAYA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat tiga projek mega terbengkalai di Terengganu yang bernilai hampir RM1 bilion.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu berkata projek mega itu ialah Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak; Taman Ilmu di Tembila, Besut; dan Kompleks Bebas Cukai Kenyir yang dibangunkan dengan kos antara RM300 juta dan RM320 juta setiap satu.

“Tiga projek mega ini hampir RM1 bilion mengikut kos asal, jadi hampir 10 tahun projek ini terbengkalai rosak dan ada kecurian berlaku, maka termasuk kos pembaikan mungkin boleh mencecah RM1.3 bilion,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPRM, di sini hari ini.

Raja Kamarul Bahrin Shah berkata beliau menyerahkan beberapa dokumen kepada SPRM mengenai ketiga-tiga projek tersebut termasuk laporan terperinci siasatan insiden bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh pada 2009.

Menurutnya, masalah yang dihadapi ketiga-tiga projek itu melibatkan urus tadbir yang amat lemah serta cuai, pengurusan kontrak lemah, pengawasan pembinaan tidak betul serta kerosakan berterusan disebabkan kecurian dan vandalisme berikutan pengawasan keselamatan tapak yang lemah.

Menurut Raja Kamarul Bahrin Shah, laporan mengenai projek stadium tersebut pernah dibuat di SPRM Terengganu sebelum ini namun pihaknya tidak mendapat apa-apa maklum balas mengenai kes itu.


Menurutnya, isu ketiga-tiga projek yang dilaksanakan semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu juga telah disuarakan kepada kerajaan negeri Terengganu yang baharu pimpinan PAS kira-kira sebulan lepas namun masih belum menerima maklum balas.

Raja Kamarul Bahrin Shah berkata kerajaan PH tidak berhasrat untuk membalas dendam kepada kerajaan terdahulu, namun isu tersebut perlu diselesaikan untuk membaiki budaya kerja dan tadbir urus kerajaan bagi membendung gejala rasuah dan salah guna kuasa. – BERNAMA

Kategori