• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Umum Tanding Timbalan Presiden PKR

oleh
26/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CABAR… Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengesahkan bahawa beliau akan bertanding untuk rebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tersebut sekitar Ogos depan.

“Saya hanya akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden, saya tidak berminat dengan apa-apa jawatan kerajaan tetapi saya masih berhutang dengan anggota PKR untuk tidak berundur begitu saja,” katanya.

Namun tambah bekas Ahli Parlimen Pandan itu lagi kepada portal tempatan Malaysiakini yang disiarkan hari ini, beliau cuma akan membuat pengumuman secara rasmi mengenai isu tersebut pada Ahad ini.

Sementara itu, kata Rafizi, keputusannya untuk merebut kerusi panas nombor dua PKR tersebut boleh disifatkan sebagai pertandingan antara ahli politik dengan golongan reformis dalam parti berkenaan.

“Dalam PKR ada ramai seperti saya, yang tidak pernah berada dalam politik atau berminat dengan politik, tetapi ‘terjaga’ selepas apa berlaku pada 1998,” katanya merujuk tahun parti itu mula ditubuhkan.

Untuk rekod, PKR diwujudkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dipecat secara zalim oleh perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada hawatan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional ketika itu.

Mengulas lebih lanjut, Rafizi berkata, persaingan idea antara apa yang digelar sebagai kumpulan reformis dengan mereka yang sudah menjadi ahli politik seumur hidup akan sentiasa ada dalam parti berkenaan.

“Jadi saya fikir tidak pelik jika idea ini ditunjukkan di peringkat timbalan presiden,” katanya. Jawatan Timbalan Presiden PKR kini disandang oleh Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bekas menteri besar Selangor dan kini menyandang Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalan Kabinet Mahathir itu dilaporkan berura-ura mahu rebut jawatan presiden menentang Anwar sendiri. – Mynewshub.TV

* Video berikut sekadar hiasan…

Tags: Rafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd