Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Raub menjadi daerah kedua selepas Kuantan yang pulih akibat banjir apabila...

Tak Ambil Tindakan Undang-Undang...

KUALA LUMPUR - Keluarga seorang daripada dua mangsa pokok tumbang di Jalan Ampang,...

Utusan, Mingguan Malaysia Saiz...

BERGAYA... Selepas lebih 54 tahun bangga bersaiz broadsheet atau besar, Mingguan Malaysia akhirnya...

Nelayan Selamat Selepas Seminggu...

KUALA TERENGGANU - Tiga orang nelayan yang hanyut di Laut China Selatan sejak...

Proton 1 Tank Adventure 2018 Zon Selatan Bermula

JOHOR BAHRU – Proton 1 Tank Adventure 2018 hari ini meneruskan pertandingannya ke zon selatan tanah di mana peserta kembara berkenaan akan memandu sejauh 600 kilometer (km) dari Pasir Gudang, di sini, ke Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kembara ini bertujuan melihat sejauh mana satu isian tangki penuh kenderaan Proton boleh membawa pemandunya dan diserikan dengan program-program mempromosikan produk pelancongan setiap negeri di setiap kawasan hentian laluan pertandingan.

Titik permulaan pertandingan hari ini ditetapkan di Kulis Auto Sdn Bhd, Pasir Gudang di mana peserta akan mengisi minyak di stesen minyak terdekat dan bergerak ke Thistle Port Dickson Resort and Spa.

Peserta kemudiannya akan bergerak semula ke Johor Bahru pada keesokan harinya ke kawasan penamat iaitu Juara Mulia Motors Sdn Bhd, di sini.

Pengurus Pemasaran Proton Johor, Abdul Razak Mohd Daud berkata Proton 1 Tank Adventure 2018 merupakan program julung kali diadakan yang dapat memperlihatkan kelebihan kenderaan Proton. –LAGI

“Ini adalah satu cara kita (Proton Holdings Bhd) memaklumkan masyarakat tentang kebolehan kenderaan-kenderaan Proton dan Alhamdulillah, sambutan yang kita terima sangat memberangsangkan baik daripada penyertaan dan pelaksanaan program ini.

“Terdapat tiga jenis model kenderaan yang kita tetapkan untuk pertandingan ini iaitu Proton Saga 1.3 CVT, Proton Iriz 1.3 CVT dan Proton Persona 1.6 CVT,” katanya.

Abdul Razak berkata antara hentian yang telah ditetapkan adalah Taman Negara Tanjung Piai, Perigi Batu Pahat, Jeti Tanjung Emas Muar dan Muzium Kapal Selam Melaka.


“Setiap kenderaan akan mempunyai dua pemandu iaitu pemandu pertama dan kedua, selepas isian penuh, penutup tangki minyak akan ditutup dengan pita khas. Peserta yang mempunyai baki tertinggi yang terdapat dalam tangki minyak akan dianggap sebagai pemenang kawasan.

“Sekiranya berlaku seri, kumpulan pertama yang tiba di destinasi akhir adalah pemenang. Mana-mana kereta yang mengisi minyak di sepanjang jalan akan hilang kelayakan, bagaimanapun, ia adalah wajib untuk mencapai titik akhir pertandingan,” katanya.

Menurut Abdul Razak, pertandingan sebelum ini telah berlangsung di Pusat Kecemerlangan (COE) Proton Edar Sdn Bhd (PESB) Kuala Lumpur (17-18 Julai), PESB Kuala Terengganu (21-22 Julai), dan PESB Inanam, Sabah (24-25 Julai).

Program selepas ini akan diteruskan ke zon utara iaitu di Top Zone Auto Gallery, Butterworth dan PESB Juru, Pulau Pinang pada 31 Julai dan 1 Ogos manakala peringkat akhir pula di PESB Plentong, di sini dan tamat di Pulau Pinang.

Pemenang pertandingan bagi setiap kategori kenderaan akan membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000, katanya. – BERNAMA

Kategori