• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek ETS Gemas-JB Siap 20 Peratus

oleh
30/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Projek landasan berkembar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Gemas-Johor Bahru yang akan melengkapkan rangkaian kereta api elektrik dari zon utara hingga ke selatan tanah air, telah pun dilaksanakan sebanyak 20 peratus dan akan dapat siapkan mengikut jadual pada 31 Oktober 2021.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata projek itu yang menelan kos RM8.9 bilion amat penting untuk melengkapkan jaringan perkhidmatan sedia ada bagi meningkatkan kecekapannya.

“Kita komited untuk menyelesaikan dan menyiapkan projek ini kerana apabila ianya siap seluruh pantai barat dapat dihubungkan menjelang 2022 iaitu dari Padang Besar (Perlis) hinggalah ke Johor Bahru,” katanya kepada pemberita sejurus mendengar taklimat projek itu di sini, hari ini.

Loke berkata dalam taklimat itu, beliau turut mengambil perhatian terhadap permohonan kerajaan negeri Johor untuk menambah stesen ETS antara kawasan Kulai dan Kempas.

“Kita akan meminta pihak kontraktor melihat dan mengkajinya sebelum mengemukakan kertas cadangan untuk dipertimbangkan.

“Namun, apa-apa kelulusan tertakluk kepada mesyuarat kabinet kerana apa yg kita telah tandatandangi sebelum ini ialah hanya melibatkan 11 stesen. Apa-apa pertambahan stesen akan menyebabkan pertambahan kos dan kos itu pula perlukan kelulusan kabinet kerana kerajaan persekutuan amat sensitif tentang kos kerana ketika ini kita kena mengawal kos dengan berhati-hati,” katanya.

Ditanya sama ada beliau menetapkan jangka masa untuk cadangan penambahan stesen itu siap, Loke berkata : “Saya tidak tetapkan tempoh masa kerana yang penting sekarang ialah kita bina dahulu landasan itu. Stesen-stesen pula hanya akan mula dibina tahun depan,”.

Projek ETS Gemas-Johor Bahru yang diluluskan kerajaan terdahulu kepada syarikat China Railway melibatkan jajaran landasan sepanjang 192 km dan akan mempunyai 11 stesen antaranya Segamat, Kluang, Labis, Bekok, Paloh, Rengam, Layang-layang, Mengkibol, Kulai dan Kempas Baru.

Sementara itu, Loke berkata kerajaan persekutuan tidak perlu membayar sebarang pampasan kepada Singapura biarpun projek Rapid Transit System (RTS) yang diputus untuk diteruskan kelak, akan mengalami kelewatan untuk siap antara satu hingga dua bulan.

“Isu ini tidak timbul kerana kita masih belum menandatangani perjanjian, komitmen kita hanya menerusi MoU, jadi tiada pampasan,” katanya.

RTS yang bakal menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru ke Woodlands, Singapura melibatkan kos RM4 bilion dianggap penting kerana mampu membawa sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah apabila siap pada 2024, sekaligus dapat mengatasi masalah kesesakan yang sering dialami kedua-dua rakyat negara itu di pintu masuk negara di sini.

Berhubung projek Bas Rapid Transit (BRT) di Iskandar Malaysia pula, beliau berkata belum ada keputusan dibuat oleh kerajaan pusat mengenainya, sama ada diteruskan atau sebaliknya.

“Masih belum ada keputusan, kita masih mengkaji. Apa yang kita yang kita tiitik beratkan ialah dua projek yang kita telah melibatkan diri iaitu ETS dan RTC. Kedua-duanya adalah keutamaan segera,” katanya.

Projek BRT itu yang sepatutnya bermula pada suku pertama tahun ini, akan mula beroperasi secara berperingkat-peringkat bermula pertengahan 2021.

Ia bakal merangkumi 90 peratus kawasan Iskandar Malaysia melibatkan laluan kira-kira 300 kilometer. – BERNAMA

Tags: Anthony LokeETS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

Relik Suci Master Hsing Yun Tiba Di Malaysia – Anthony Loke

Relik Suci Master Hsing Yun Tiba Di Malaysia – Anthony Loke

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub SEPANG – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan kehadirannya di Terminal Subang Skypark semalam sebagai satu penghormatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd