Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

4 Rakan Didakwa Bunuh...

KLANG - Empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang, di sini hari ini...

Sindiket Curi Kereta Tumpas,...

BANGKOK – Sindiket curi kereta dari Malaysia menjadikan Thailand sebagai pusat transit bagi...

16 Premis Makanan Di...

SEREMBAN - Sebanyak 16 premis menjual makanan di sekitar daerah Seremban diarah tutup...

Najib Begitu Prihatin Pembangunan...

SANDAKAN - Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri...

Pulihara Kuda Laut UMT Manfaat Penduduk Kampung

BESUT – Setakat ini lima spesies kuda laut dikenalpasti mempunyai khasiat tersendiri seperti anti virus, anti kanser, anti tumor dan kajian saintifik membuktikan ia juga mampu membantu proses awet muda dan menguatkan tenaga batin lelaki.

Profesor Dr Mohd Effendy Abd Wahid dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata Malaysia mempunyai empat daripada lima spesies ini.

Namun, apa yang kurang menyenangkan haiwan eksotik ini yang mempunyai kepala menyerupai kepala kuda, diancam kepupusan.

Pada masa ini terdapat 52 spesies kuda laut di seluruh dunia dengan Malaysia mempunyai 10 spesies.

“Kepupusan kuda laut ini disebabkan dua faktor utama iaitu ia diburu kerana khasiatnya dan kerana ia adalah haiwan monogami.

“Ini bererti kehilangan salah satu pasangan (sama ada jantan atau betina) akan menyebabkan kematian yang satu lagi secara perlahan-lahan,” katanya.

Melihat keadaan ini, UMT kini melaksanakan projek menyelamatkan kuda laut dari kepupusan dengan melibatkan penduduk tempatan dari golongan terpilih.

Projek Transnasional Kuda Laut UMT dengan kerjasama Kementerian Pendidikan itu juga bertujuan menjana ekonomi komuniti setempat, memperkasa bidang penyelidikan dan pemuliharaan kuda laut serta merancakkan lagi sektor pelancongan di Terengganu.

Dr Mohd Effendy, selaku ketua projek itu berkata, seramai 40 penduduk di tiga kampung sekitar Besut dan Setiu dipilih menyertai program pemindahan ilmu melibatkan projek pemuliharaan kuda laut yang dilaksanakan UMT.

Beliau berkata melalui projek itu, peserta yang terdiri daripada ibu tunggal, nelayan dan belia menganggur diberi bimbingan melalui kursus di UMT sebanyak lima siri untuk mendalami selok-belok pemeliharaan dan teknik pemakanan kuda laut.

“Hari ini, kita serah 10 anak kuda laut kepada setiap seorang daripada 40 peserta ini untuk mereka pelihara selama tiga bulan sehingga ia matang dan sedia untuk membiak.

“Setiap bulan, peserta diberi insentif sebanyak RM500 dan terus diberi bimbingan sehingga mereka mampu berdikari dan diiktiraf sebagai komuniti kuda laut Malaysia yang menyumbang kepada pemuliharaan haiwan terancam itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pengagihan anak kuda laut dan insentif kepada peserta di Kampung Air Tawar di sini.


Dr Mohd Effend yakin projek bersama komuniti Besut dan Setiu itu akan memberi impak positif dalam jangka masa panjang.

Seorang peserta, Tuan Fakaruddin Tuan Kadir, 39, berkata beliau amat tertarik dengan program pemuliharaan kuda laut yang julung kali diadakan di negara ini, lantas menyertainya.

Beliau pernah menjadi bualan rakyat Malaysia berikutan kejayaannya dalam bidang penternakan benih kerapu hibrid.

“Kebetulan saya dimaklumkan UMT mahu mencari komuniti yang berminat dalam projek kuda laut ini, jadi saya rasa ini peluang terbaik untuk saya terus membantu penduduk kampung yang mahu mencari pendapatan sampingan kerana projek ini berkonsepkan semangat berpasukan dan tolong-menolong,” katanya.

Beliau berazam menjadikan kuda laut sebagai tarikan pelancong selain kerapu hibrid kepada pengunjung Terengganu khususnya di daerah Besut.

Ibu tunggal Hasnah Awang, 57, gembira dengan peluang diberikan UMT itu untuk menjana ekonomi sampingan memandangkan wang pencen yang diterimanya sebagai pesara kerajaan ada kalanya tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan.

“Paling Kak seronok kerana selain peserta dapat ilmu baharu, kami juga diberi insentif sepanjang kursus dan berpeluang menjana ekonomi berterusan sebagai pembekal kuda laut melalui perjanjian khas dengan graduan usahawan UMT.

“Sebagai peserta, kami bertekad menjadi kumpulan yang berjaya menyumbang ke arah kejayaan projek ini, seterusnya diiktiraf sebagai komuniti kuda laut pertama di Malaysia satu hari nanti,” katanya. – BERNAMA

Kategori