• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Sungai Kandis ‘Pentas’ Kerjasama PAS, UMNO

oleh Cj Mnh
07/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS dan UMNO wajar melakukan ‘ujian’ penerimaan orang Melayu terhadap kerjasama dua parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dengan letak hanya seorang calon.

Bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha berkata, kerjasama antara kedua-dua parti itu wajar kerana sebanyak 70 peratus pengundi di DUN Sungai Kandis adalah Melayu.

Katanya, ia juga ‘pentas’ terbaik untuk menguji sokongan pengundi Melayu kepada kemungkinan untuk UMNO dan PAS membentuk kerjasama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Sungai Kandis kubu kuat PKR namun mereka (UMNO dan PAS) boleh cuba untuk meletakkan seorang calon sahaja,” katanya kepada NSTP di Shah Alam, hari ini.

Norman berkata, dalam keadaan UMNO dan PAS lemah selepas PRU-14, cadangan untuk bekerjasama perlu dipertimbangkan oleh kepemimpinan kedua-dua parti itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir secara peribadi mencadangkan parti itu untuk membentuk kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRK DUN Sungai Kandis.

Roslan Shahir berpendapat kerjasama itu antara pilihan terbaik untuk menguatkan suara pembangkang serta mengimbangi kekuatan Pakatan Harapan (PH).

Pada 2016, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki pernah mencadangkan parti itu membentuk kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRU-14 dengan alasan mengukuhkan suara Islam.

Selain itu, Majlis Syura PAS turut bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketakwaan demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser limfoma, Isnin lalu.

Pada PRU-14, Mat Shuhaimi memenangi kerusi DUN Sungai Kandis selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

PH Selangor berjaya meraih 51 kerusi DUN, BN (4) manakala PAS (1). – BHOnline

Tags: PRKsungai kandis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd