• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Sg Kandis: Nama Calon Dijangka Umum Esok Atau Lusa

oleh
18/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Nama calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dijangka diumumkan esok atau Jumaat ini.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata keputusan pemilihan bakal calon telah dicapai secara konsensus dalam mesyuarat biro politik PKR pusat semalam.

“Siapa calon itu akan diumumkan sendiri oleh presiden parti (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) sebelum Sabtu ini (hari penamaan calon). Malam esok kita akan lancarkan jentera PRK di sekitar kawasan ini.

“Sekarang ini kita sedang membuat urusan dengan calon dan penyelarasan dengan Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program menyemarak inisiatif peduli rakyat DUN Sungai Kandis di hadapan Sekolah Rendah Agama Kampung Jawa, di sini hari ini.

Ditanya sama ada calon tersebut adalah anak tempatan, Amirudin hanya tersenyum namun enggan mengulas lanjut dan hanya menyatakan individu terpilih itu merupakan rakyat Selangor.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong berikutan penyandang kerusi berkenaan, Mat Shuhaimi Shafiei dari PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian.

Pada PRU14, Mat Shuhaimi memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN daripada UMNO, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hanafiah Husin (76).

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai pandangan pihak tertentu yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden pada Pemilihan PKR akan datang, Amirudin berkata: “Masing-masing ada pandangan tersendiri… yang penting adalah memastikan pertandingan atau apa-apa juga perkara untuk mengukuhkan parti bukan merosakkan parti.”

Katanya, sebagai parti yang demokratik setiap pertandingan jawatan juga harus dilakukan secara demokratik dan jika ada pihak menawarkan diri untuk turut sama bertanding (bagi jawatan presiden), semua pihak harus menerimanya dengan terbuka.

Pada Ahad lepas, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menawarkan diri bertanding jawatan presiden PKR dan keputusan itu dibuat setelah berbincang dengan Dr Wan Azizah, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kepimpinan, serta mengambil kira segenap pandangan dan keperluan demi kelangsungan parti. – BERNAMA

Tags: PRK Sungai Kandis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Grab Ditahan Bersama Dadah Di Bukit Mertajam

Next Post

BN Reda, Terima Kekalahan PRU14 – Zahid

Related Posts

PRK Sg. Kandis Bukti Rakyat Tolak Isu Agama?

06/08/2018
0

SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mengucapkan tahniah kepada pengundi di Sungai Kandis kerana memberi kemenangan kepada Pakatan...

Kemenangan PRK Sungai Kandis Bukti Rakyat Percayakan PH

05/08/2018
0

ALOR SETAR - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Selangor semalam...

Next Post

BN Reda, Terima Kekalahan PRU14 - Zahid

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd