• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPZ-MAIWP Teruskan Kempen Galak Bayar Zakat

oleh Haris
12/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUSAT Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) meneruskan usaha untuk menggalakkan lebih ramai orang Islam membayar zakat dengan melancarkan kempen terbaru Skim Potongan Gaji Zakat.

Kempen dikenali Skim Thohir 2018 ini dilancarkan hari ini di ibu pejabat PPZ-MAIWP di Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur.

Kempen ini berlangsung selama empat bulan bermula 1 Julai hingga 31 Oktober nanti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff, kempen Skim Thohir ini diteruskan pada tahun ini untuk membantu dan memudahkan lebih ramai menunaikan zakat.

Katanya, kejayaan kempen yang sama pada 2016 dan 2017 mendorong pihaknya meneruskan kempen ini pada tahun 2018.

“Peningkatan dan sambutan yang luar biasa ditunjukkan oleh kakitangan syarikat swasta, badan berkanun mahupun kerajaan menjadi faktor utama mengapa kempen ini diteruskan pada tahun ini,” katanya.

Jelas Ahmad Shukri lagi, pihak PPZ-MAIWP turut akan turun padang untuk bertemu dengan majikan dan kakitangan swasta dan kerajaan dan mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kefahaman tentang kewajipan membayar zakat.

“Saya yakin pendakatan yang kami gunakan ini mampu untuk meningkatkan kefahaman berkaitan zakat kepada para pekerja seterusnya memudahkan urusan untuk menunaikan kewajipan berzakat mereka terutamanya melalui Skim Thohir kerana ia mudah, cepat dan selamat,” ujarnya.

Kempen Skim Thohir pada tahun ini turut mendapat sokongan rakan strategik iaitu syarikat Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. sebagai penaja utama dan Tenaga Nasional Berhad, menawarkan hadiah berupa pakej umrah dan percutian ke luar negara.

Syarat penyertaan untuk memenangi hadiah disediakan ialah membuat pemotongan gaji kali pertama dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (PPZ 052), atau menambah potongan gaji zakat sepanjang tempoh kempen yang berakhir 31 Oktober ini.

Pembayar juga boleh mengisi borang Skim Thohir di dalam talian di zakat.com.my, mengisis borang di mana-mana 11 kaunter PPZ-MAIWP atau kaunter bergerak di seluruh Wilayah Persekutuan dan menyerahkannya kepada majikan dan emelkan salinan ke [email protected].

Orang ramai juga boleh menghubungi Talian Zakat di nombor 1-300-88-5757 untuk maklumat lanjut.

Lokasi kaunter PPZ-MAIWP ialah di Dataran Shamelin Perkara, Plaza RAH, Masjid Negara, Wangsa Maju, UTC Pudu Sentral, Putrajaya (Presint 9 dan Presint 15 Diplomatik), Masjid Al-Imam Al Ghazali, Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, Masjid Abd Rahman Auf, dan Labuan Times Square.

Kaunter tersebut dibuka setiap hari termasuk cuti umum bermula daripada jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang.

Tahun ini, PPZ-MAIWP mensasarkan 4,000 pembayar zakat baharu melalui skim potongan gaji yang diadakan buat kali ketiga ini.

Dalam kempen Skim Thohir yang diadakan dalam dua fasa pada tahun lalu, seramai 7,035 orang pembayar baharu mendaftar untuk membuat potongan gaji.

Dalam majlis yang sama, PPZ-MAIWP turut menyampaikan cenderamata penghargaan kepada penaja dan majikan-majikan yang jumlah peserta Skim Thohir terbesar. – Mynewshub.tv

Tags: PPZ-MAIWP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama PERKESO, PPZ-MAIWP Bantu Kebajikan Rakyat

Kerjasama PERKESO, PPZ-MAIWP Bantu Kebajikan Rakyat

20/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan...

Penerima i-Lestari, i-Sinar Perlu Bayar Zakat Berdasarkan Kategori

03/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Penerima i-Lestari dan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang beragama Islam perlu menunaikan tanggungjawab untuk membayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd