• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Zalimi Tetamu Allah ‘Rempat’ Di Hotel TH KLIA

oleh
24/07/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DIHINA… Umat Islam di Malaysia gempar apabila menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bertindak biadab biar bakal jemaah haji yang transit ‘rempat’ di Kompleks Tabung Haji (TH) KLIA.

Netizen tempatan turut tular berkongsi gambar-gambar dan komen yang mengutuk pentadbiran PH kerana sengaja menjadikan ribuan tetamu Allah itu sebagai gelandangan akibat tiada penginapan percuma disediakan di situ.

Walhal umum maklum setiap tahun Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu telah menyediakan perkhidmatan dan penginapan secara percuma bagi semua bakal jemaah demi keselesaan mereka sebelum berlepas ke Tanah Suci.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika dihubungi pihak media untuk dapat komen mengenai isu buruk ini turut zahir kesal apabila kompleks baharu TH itu mengenakan bayaran waima bagi penginapan transit.

“Sepanjang pentadbiran saya lalu, langsung tidak sama sekali saya perlakukan bakal jemaah haji saya dilayan hina sebegini rupa, malahan BN telah bertahun-tahun sediakan perkhidmatan dan penginapan percuma untuk mereka.”

Ujar Najib lagi, perkara tidak dijangka ini mengakibatkan ribuan jemaah haji yang transit di KLIA perlu keluarkan kos sendiri hanya bagi penginapan sementara mereka sedangkan tidak semua kalangan mereka berkemampuan.

“Saya akan menghubungi wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan minta pihak TH untuk mengembalikan semula perkhidmatan penginapan percuma kepada mereka,” tegas beliau yang agak sedih dengar berita buruk itu.

Bakal jemaah terbabit difahamkan perlu bayar masing-masing sebanyak RM550 untuk bilik jenis superior dan RM650 untuk bilik deluxe di Hotel Movenpick yang terdapat dalam Kompleks TH KLIA di Sepang, Selangor itu.

Untuk rekod, kompleks moden serba canggih yang baru dibuka dan dibina BN atas tapak seluas 6.36 hektar itu, terletak bersebelahan Masjid Sultan Abdul Samad KLIA serta cuma 10 minit perjalanan ke terminal induk KLIA.

Ia menggantikan Kompleks TH Kelana Jaya, Selangor yang agak sempit. TH juga memiliki empat kompleks haji lain iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang; Kota Kinabalu, Sabah; Kuala Terengganu, Terengganu dan Alor Setar, Kedah.

Dalam pada itu, seorang pengamal undang-undang, Datuk Abu Baker Sidek menuntut TH mengembalikan urusan perkhidmatan penginapan percuma kepada semua bakal jemaah haji yang transit sepanjang musim kali ini.

Beliau yang kecewa dengan caj dikenakan TH berkata, ini kerana buat pertama kalinya dalam sejarah, penginapan percuma kepada jemaah haji dihapuskan kerajaan PH dan dikenakan bayaran yang dianggap mahal kepada jemaah.

Padahal ujar Abu Baker lagi, bakal jemaah yang singgah dari luar Lembah Klang dan selaku pendeposit TH wajar dapat layanan tertentu terutama melibatkan isu pemberian penginapan percuma sebelum berlepas ke Tanah Suci.

“Selama bertahun-tahun, bakal jemaah haji dari negeri-negeri lain diberi penginapan secara percuma selama sehari sebelum ke Tanah Suci tetapi tidak lagi mulai musim ini,” katanya yang juga terima aduan daripada mereka sendiri.

TH jelas beliau wajar beri penjelasan berhubung ketiadaan penginapan percuma disediakan sebelum ini: “Saya gesa pihak TH supaya ubah keputusan dan memberikan penginapan percuma di seluruh negara kepada bakal jemaah.

“Mereka berhak perlu transit sebagaimana dilakukan selama 35 tahun lalu,” kata Abu Baker dan beri amaran, jika TH gagal berbuat demikian, beliau akan memfailkan satu permohonan di mahkamah bagi dapat perintah mandatori.

Ia juga akan menghalang pihak TH serta ejen-ejennya daripada mengenakan apa-apa bayaran kepada bakal jemaah haji yang perlu menggunakan perkhidmatan penginapan sementara di bawah badan pengurusan haji berkenaan.

Abu Baker menambah, bermula musim ini, semua urusan berkaitan haji di Kompleks TH Kelana Jaya berpindah ke premis baharu di Kompleks TH KLIA yang dibina oleh kerajaan BN demi memartabatkan syiar Islam di Malaysia.

Sementara itu sebuah akhbar tempatan ketika hubungi bahagian perkhidmatan awam TH dimaklumkan kakitangan  tersebut ada mengakui sebelum ini TH menyediakan asrama kepada bakal jemaah di Kompleks TH Kelana Jaya.

Namun kata petugas badan itu, bermula tahun ini, bakal jemaah haji dari luar Lembah Klang akan melaporkan diri di cawangan TH di negeri masing-masing sebelum mereka transit di Kompleks TH KLIA. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Tabung HajiTH
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kakitangan Gereja Disiasat Kes Dera Seksual Di Chile

Next Post

Suspek Kes Tembak Toronto Alami Masalah Mental

Related Posts

TH Umum Kos Mengerjakan Haji 2025 Pagi Esok

TH Umum Kos Mengerjakan Haji 2025 Pagi Esok

15/12/2024
0

ALOR SETAR : Kos mengerjakan haji untuk tahun depan sama ada meningkat atau kekal akan diumumkan Tabung Haji (TH) pagi...

Kos Haji Meningkat Atau Kekal Diumum Pada Isnin

Kos Haji Meningkat Atau Kekal Diumum Pada Isnin

14/12/2024
0

SHAH ALAM - Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama...

Next Post

Suspek Kes Tembak Toronto Alami Masalah Mental

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd