• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Ada Definisi Jelas Penjawat Awam

oleh
20/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang hakim Mahkamah Rayuan mengesyorkan agar Mahkamah Persekutuan mahupun badan perundangan memberikan definisi yang lebih jelas mengenai siapa yang boleh ditakrifkan sebagai penjawat awam

Hakim Datuk Yeoh Wee Siam berkata sudah tiba masa untuk memutuskan atau menyediakan definisi jelas penjawat awam bagi permohonan misfeasans atau salah guna kuasa dalam jawatan awam.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kes saman misfeasans seperti difailkan semula oleh Anggota Parlimen Damansara, Tony Pua Wee Kiam Wee terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan.

Dalam penghakiman 20 halaman dikeluarkan hari ini, beliau berkata panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan Pua itu telah memutuskan untuk tidak berganjak daripada keputusan yang dibuat oleh sebuah lagi panel Mahkamah Rayuan dalam satu lagi kes.

Beliau berkata dalam kes Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib, katanya, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Najib ketika itu perdana menteri bukan seorang penjawat awam.

Menurutnya, setakat ini, keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Dr Mahathir yang memutuskan Najib bukan penjawat awam kekal selepas permohonan Dr Mahathir bagi mendapatkan kebenaran merayu dalam kes samannya ditolak Mahkamah Persekutuan.

Yeoh berkata tidak ada alasan untuk mahkamah berganjak daripada keputusan dalam kes Dr Mahathir, sambil berkata bahawa ia bukan untuk Mahkamah Rayuan dalam kes sekarang (Pua melawan Najib) untuk menyemak semula keputusan kes Dr Mahathir atau mengeluarkan keputusan tidak konsisten dengan apa yang telah diputuskan sebelum ini.

Dalam kes Dr Mahathir, Yeoh berkata Mahkamah Rayuan mentafsirkan ‘penjawat awam’ dan ‘Perdana Menteri’ sebagai dua entiti berbeza di mana Perdana Menteri bukan seorang penjawat awam tetapi anggota pentadbiran dan ‘penjawat awam’ adalah anggota dalam perkhidmatan awam.

Menurutnya, dalam penghakiman kes Dr Mahathir, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa penjawat awam dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam manakala Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata tuntutan Pua terhadap Najib atas dakwaan salah laku dalam mengendalikan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh dipertahankan dan perlu ditolak kerana bekas perdana menteri itu bukan penjawat awam.

Beliau berkata mungkin tidak ada alasan kukuh dalam dakwaan salah laku dalam jawatan awam jika Pua tidak dapat membuktikan bahawa Najib adalah penjawat awam

Katanya, mahkamah tidak dibenarkan mengguna pakai undang-undang umum bagi makna ‘penjawat awam’ apabila terdapat undang-undang bertulis yang dikuatkuasakan di Malaysia bagi mentakrifkan maksud perkataan tersebut.

Yeoh berkata tafsiran ánggota pentadbiran’ menurut Seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 dan Perkara 132(1), 132(2) dan 160(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seorang perdana menteri bukan seorang penjawat awam.

Pada 13 April lalu, panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Kamardin Hashim dan Yeoh menolak rayuan Pua untuk mengenakan semula tuntutan saman terhadap Najib dan kerajaan yang sebelum itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Pada 16 Jan tahun lepas, Pua selaku plaintif menyaman kerajaan dan Najib selaku defendan pertama dan kedua atas dakwaan Najib terlibat dalam salah laku pentadbiran awam dan kerajaan membabitkan dana 1MDB serta menuntut ganti rugi am, tambahan dan teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 5 Nov ini untuk mendengar permohonan Pua untuk menuntut kebenaran merayu.

Sementara itu, Dr Mahathir dan bekas naib pengerusi UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memfailkan saman yang mendakwa Najib melakukan perbuatan salah laku dalam jawatan awam dan pentadbiran membabitkan kes 1MDB.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Najib untuk membatalkan saman tersebut dan Mahkamah Rayuan turut mengekalkan keputusan tersebut selepas menolak rayuan Dr Mahathir terhadap keputusan itu.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 6 Ogos ini untuk mendengar permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Dr Mahathir dan Khairuddin. – BERNAMA

Tags: Penjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd