Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Rundingan Hamas – Fatah...

Wakil Fatah dan Hamas baru-baru ini datang ke Beijing untuk mengadakan rundingan secara...

Anwar Tinggalkan Hospital, Ke...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat meninggalkan Hospital...

2 Mayat Dipercayai Nelayan...

PONTIAN - Dua mayat dipercayai dua nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Pulau...

Wanita Ditikam 80 Kali...

LONDON - Seorang ahli seni mempertahankan diri di Britain dihukum penjara 23 tahun...

Peniaga Simpan 3,000kg Gas LPG Tanpa Lesen Didakwa

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyimpan 3,000 kilogram (kg) gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen, tiga tahun lepas.

Soong Kok Meng, 52, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Tertuduh didakwa memiliki barang berjadual dalam keadaan menimbulkan syak dan niat munasabah untuk melakukan kesalahan mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan gas petroleum cecair tersebut secara borong atau runcit tanpa lesen yang dikeluarkan oleh pengawai.

Lelaki itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah premis kediaman di Jalan Liku Mata Air, Taman Genting, Jalan Genting Klang, di sini pada 2.30 petang, 18 Mei 2015 dan didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta boleh dihukum menerusi Seksyen 22(1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM1 juta atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Janawatul Fieza Hamisan manakala Soong tidak diwakili peguam.


Mahkamah menetapkan 29 Ogos untuk sebutan kes. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori