• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Durian Ditikam Lelaki Myanmar

oleh Ahmad Albab
17/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki Myanmar pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) diberkas polis selepas menyamun dan menikam seorang peniaga durian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata suspek ditahan di hadapan sebuah premis kereta terpakai, di pusat bandar utara, di sini, pada jam 7.58 pagi tadi.

Katanya, mangsa lelaki warga tempatan berusia 23 tahun ditikam beberapa kali di belakang badan dan bahu oleh suspek berusia 21 tahun.

“Kejadian samun dan serangan untuk merampas beg mangsa mengandungi wang tunai hasil jualan durian disedari anggota polis dan orang awam.

“Susulan itu, polis menangkap suspek yang cuba melarikan diri. Pemeriksaan terhadap suspek menemui satu pemutar skru,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata mangsa kini berada dalam keadaan lemah.

“Pihak hospital juga memaklumkan terdapat lima kesan luka dan tikaman di badan mangsa, dua daripadanya di belakang bahu kanan manakala masing-masing satu di belakang bahu kiri, bawah dagu dan pinggang. Luka tikaman kira-kira tiga sentimeter.

“Dua lagi suspek yang terbabit dengan kejadian itu masih diburu polis,” katanya. – BH ONLINE

Tags: DITIKAMpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd