Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

PM Sertai Majlis Bacaan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam Selasa bersama...

Jabatan Kesihatan Periksa Laporan...

IPOH - Jabatan Kesihatan Perak akan menghantar beberapa kakitangannya untuk memeriksa laporan mengenai...

3 Kerusi BN Menang...

KUALA LUMPUR – Daripada lapan Pilihan Raya Kecil (PRK) sepanjang satu tahun Pakatan...

Zahid Hamidi Jamin, Penubuhan...

MUAR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan, penubuhan Kerajaan Perpaduan seperti...

Pengusaha Musang King Gembira Harga Kembali Melonjak

GUA MUSANG – Seorang pengusaha durian Musang King Chong Yok Fong, 50, gembira apabila harga buah tersebut kembali melonjak di pasaran berikutan pemintaan tinggi daripada pasaran eksport.

Chong, yang lebih dikenali sebagai Tina, berkata harga Musang King jatuh sejak beberapa minggu lepas kepada RM20 sekilogram berikutan pengeluaran yang tinggi dari Pahang dan Johor.

“Bagaimanapun, bekalan dari kedua-dua negeri tersebut sudah kehabisan menyebabkan harga Musang King kembali melonjak kepada RM40 sekilogram, dan memberi peluang kepada saya untuk menjual bekalan yang ada pada harga yang kompetitif di pasaran antarabangsa.

“Saya mempunyai kira-kira 4,000 biji durian Musang King yang diusahakan di kawasan seluas 20 hektar untuk dieksport ke Singapura, Hong Kong dan Taiwan,” katanya ketika ditemui pemberita di kebun duriannya di Kampung Pulai, di sini hari ini.

Tina bagaimanapun tidak menjual durian Musang King dalam pasaran tempatan.

Beliau berkata tahun lepas, pasaran durian Musang King mencatat harga tertinggi apabila mencecah RM100 sekilogram berikutan permintaan positif daripada penggemar buah-buahan berkenaan.


“Ia berikutan faktor cuaca yang tidak menentu menyebabkan pengeluaran durian di kebun saya berkurangan kepada 600 biji ketika itu.

“Buah gred A sahaja yang akan dieksport,” katanya. – BERNAMA

Kategori