• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Pengorbanan Isteri Terlalu Besar”

oleh Ahmad Albab
06/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGORBANAN isteri melupakan karier demi rumah tangga dan cahaya mata sangat dihargai pelakon, Shukri Yahaya.

Pelakon Andainya Takdir itu mengaku tidak mampu membalas jasa isterinya, Tyda Adnan yang sejak hamil memutuskan untuk berhenti kerja dan mengasuh sendiri, Aaira Ameena yang kini berusia dua tahun.

“Tiada kata-kata atau balasan terindah yang mampu saya beri kepada isteri bagi membalas pengorbanannya dalam memastikan kebajikan saya dan puteri kami terjaga.

“Jika diikutkan sebelum mendirikan rumah tangga, isteri ada kerjaya sendiri. Namun, dia sanggup berhenti kerja demi memberi tumpuan terhadap rumah tangga,” katanya kepada BH Online.

Shukri berkata, melihat senario semasa terutama kes jenayah membabitkan mangsa bayi dan kanak-kanak membuatkan dirinya yakin keputusan isteri berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga adalah tepat.

“Bagaimanapun, saya kagum dengan kaum hawa sama ada suri rumah sepenuh masa atau ibu bekerja yang membantu ekonomi keluarga dan pada masa sama, melaksanakan tanggungjawab di rumah,” katanya.

Kelmarin, Shukri hadir pada majlis pelancaran Toyota Gazoo Racing di sebuah premis acara, di sini.

Shukri sekali lagi dipilih untuk musim kedua perlumbaan kereta selain Datin Diana Danielle, Janna Nick, Aiman Tino, Nabila Razali, Wany Hasrita, Nabil Ahmad, Aqim Ahmad, Khai Bahar dan Shawn Lee.

Tags: shukri yahayaTyda Adnan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kau Setuju Ke Kalau Aku Terajang Kau Betul-Betul?”

18/10/2018
0

PELAKON Shukri Yahaya meluahkan rasa berang terhadap pelakon baharu yang tidak tahu menggunakan teknik lakonan dalam babak pukul dengan cara...

Jangan Nak Keluh Kalau Skrip Tak Bagus

13/07/2018
0

PELAKON, Shukri Yahaya memberitahu sebagai seorang pelakon, dia tidak boleh mementingkan diri dan mengeluh dengan tawaran skrip jalan cerita yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd