• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Syarikat Didakwa Ambil Deposit Secara Haram

oleh Ahmad Albab
12/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari bagi tiga pertuduhan mengambil deposit secara haram berjumlah RM189,000 antara Mac dan April tahun ini.

Mohd Wannor Ramdan Awang, 23, yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Tertuduh didakwa menerima deposit secara haram sebanyak RM37, 800 daripada pengadu Arjuna Yusof, menerusi orang tengah bernama Temening Abdul Azis yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB atas nama syarikatnya Global Mining Pro pada 28 Mac, tahun ini. .

Bagi dua lagi pertuduhan, dia didakwa menerima daripada pengadu sama sebanyak RM113,000 yang dimasukkan ke dalam akaun syarikatnya pada 3 April lepas dan wang tunai RM37, 800 pada 8 April lepas di Deens Restaurant, Financial Park Complex.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebatan dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa ASP Hasnan Abidin meminta mahkamah mengenakan jaminan RM10, 000 bagi setiap pertuduhan atas alasan kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan melibatkan kepentingan awam.

Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin dan juga perlu melapor diri di balai polis setiap minggu.

Mahkamah menetapkan 30 Julai untuk perbicaraan kes itu.

Tertuduh dan orang tengahnya ditahan polis pada 5 Julai lepas berhubung kegiatan penipuan pelaburan membabitkan lebih RM1.3 juta dalam tempoh empat bulan lepas. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: depositPengarah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pengarah Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia

29/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Raja Ahmad Alauddin dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi. Berita duka itu dikongsikan rakan pengarahnya, Shahrulezad...

3 Pengarah Gagal Cabar Keputusan Gantung Operasi

28/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Tiga Anggota Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk cabar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd