Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Mazidul Akmal Koma Sementara...

SEREMBAN - Anak tunggal kepada pramugari pesawat MH17 tidak dapat menahan kesedihan di...

Misi Tawan Everest: Lee...

KUALA LUMPUR - Pendaki lelaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng yang menyertai...

Pandelela Raih Gangsa Piala...

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg mempamerkan aksi cemerlang untuk...

Nik Omar Mulakan Tugas...

PUTRAJAYA - Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu Nik Omar...

Pengalaman Hutan Hujan Di Sunway Pyramid

KUALA LUMPUR – Pengunjung pusat membeli-belah Sunway Pyramid kini berpeluang menikmati suasana hutan hujan dengan kicauan burung, bunyi cengkerik, deruan air dan angin di dalam bangunan di tengah bandar.

Projek yang dinamakan ‘Oasis Garden’ itu melibatkan kawasan eskalator yang menghubungkan kawasan parkir tingkat atas ke tingkat perniagaan menerusi pelan penambahbaikan aset.

Ia direka dengan menampilkan persekitaran seperti hutan hujan di sepanjang eskalator enam tingkat melalui penggunaan kesan kreatif yang membolehkan pengunjung merasai, mendengar dan menyentuh seperti mengalami sendiri di hutan sebenar.

“Ketika kami mengenal pasti kawasan-kawasan untuk mewujudkan projek ini, kami dapati kawasan eskalator tersebut menonjol dari segi kepentingan dan kondusif.

“Memandangkan dua pertiga pengunjung pusat membeli-belah kami menggunakan eskalator ini, iaitu seramai dua juta pelawat setiap bulan, lokasi memainkan nilai strategik untuk memberi kesan kepada pelawat yang ramai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks, HC Chan, dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata pelan itu mewujudkan peralihan yang menyenangkan bagi pengunjung yang berjalan dari tempat letak kereta ke ruang perniagaan serta sebaliknya.

Semua eskalator di Orange Atrium mempamerkan suasana kehijauan buatan berlatarkan bunyi burung berkicauan, cengkerik, katak dan monyet di samping bunyi air mengalir serta deruan angin, menghasilkan bunyi yang memberi kesan kepada pengunjung.

Oasis Garden merupakan sebahagaian daripada komitmen Sunway terhadap Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Hutan hujan memainkan peranan penting dalam memastikan eko-sistem kehidupan bumi dipelihara dengan baik. – BERNAMA

Kategori