Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Pekilang Sokong GST 2.0,...

Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menyokong cadangan supaya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang...

Red Wing Shoes Buka...

KUALA LUMPUR - Pengeluar kasut keselamatan utama, Red Wing Shoe Company Inc., mengembangkan...

Kes Curi Motorsikal Di...

KEMAMAN - Kes kecurian motorsikal menjadi penyumbang utama peningkatan kadar jenayah indeks di...

Pemandu Teksi, Bas Sekolah...

PUTRAJAYA - Bermula bulan depan, seramai 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas...

Penduduk Paka Terus Dibelenggu Bau Busuk

KEMAMAN – Penduduk di sekitar Paka terus dibelenggu dengan pencemaran bau busuk yang dikatakan disebabkan oleh operasi sebuah kilang, tanpa ada sebarang penyelesaian sejak empat tahun lepas.

Penyelaras Pakatan Harapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka, Mohd Hasbie Muda berkata sekiranya keadaan itu gagal ditangani, ia akan menyebabkan penduduk yang terjejas kian resah dan tertekan.

“Bau busuk yang dikaitkan dengan operasi kilang CJ Bio yang terletak di Kerteh tersebar hingga ke perkampungan penduduk di Paka khususnya di Bukit Merah dan Telaga Mas.

“Operasi kilang tersebut yang menggunakan proses fermentasi dalam menghasilkan L-metionina, sejenis asid amino yang biasa digunakan dalam mengeluarkan makanan haiwan telah mengganggu ketenteraman penduduk untuk melakukan aktiviti harian mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru, Mohd Hasbie menggesa kerajaan negeri agar menyelesaikan masalah berkenaan dengan kadar segera dan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) mesti bertindak tegas dengan tidak memperbaharui lesen premis jika masalah bau busuk tidak diselesaikan oleh pihak kilang berkenaan.


“Tawaran tapak tanah baharu oleh kerajaan negeri Terengganu kepada CJ Bio bagi mengembangkan operasi mereka mestilah ditangguhkan selagi mana masalah bau busuk masih belum selesai.

“Diharapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu turut sama memainkan peranan dalam memastikan pematuhan ke atas setiap piawaian yang telah ditetapkan dan saya juga berharap agar wakil rakyat yang dipilih di DUN Paka dan Parlimen Dungun dapat memainkan peranan proaktif bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori