• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendidikan Jasmani, Rakan Sukan Akan Dikaji Semula

oleh Ahmad Albab
03/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan kaji semula subjek Pendidikan Jasmani dan cadangan menghidupkan kembali program Rakan Sukan.

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang baharu memulakan tugasnya secara rasmi hari ini, berkata beliau memerlukan sedikit masa untuk mengkaji dan membincangkan perkara itu dengan teknokrat yang terlibat sebelum mengambil keputusan.

“Alhamdulillah, hubungan saya dengan (Menteri Pendidikan) Dr. Maszlee Malik agak baik, saya akan berbincang dengannya cadangan kaji semula Pendidikan Jasmani. Ini supaya kita dapat latih anak-anak bersukan dari bangku sekolah lagi untuk merealisasi impian menjadi negara bersukan.

“Bagi program Rakan Sukan, saya perlu berbincang dengan pakar-pakar di KBS, kerana saya tidak mahu mengambil keputusan terburu-buru yang boleh memburukkan keadaan,” katanya pada sidang media selepas sesi taklimat dan majlis serah tugas di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini, hari ini.

Program Rakan Sukan adalah inisiatif kerajaan untuk mendapatkan tajaan sebuah syarikat swasta bagi sukan yang diperkenalkan pada 1994, iaitu empat tahun sebelum Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel 1998.

Ditanya mengenai Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (PPBN), Syed Saddiq berkata secara prinsipnya, ia merupakan program yang baik.

“Impak PPBN ini diterima oleh beratus ribu orang, termasuk ibu bapa murid-murid yang bermain di sekolah. Saya juga dimaklumkan bahawa ada kemungkinan kita membida untuk Piala Dunia 2034. 

“Secara amnya, program yang baik harus diteruskan. Saya mahu kurangkan campur tangan politik dan mengutamakan kepada pandangan pakar,” kata Anggota Parlimen Muar itu. -BERNAMA

Tags: KBSkementerian belia dan sukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

30/09/2025
0

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman...

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd