Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Puteri Umno Beri Penjelasan,...

ROMPIN - Kira- kira 1,500 anggota Puteri UMNO kini giat mendekati pengundi muda...

PAS Akan Bentang Secepat...

KOTA BAHARU - PAS akan membentangkan secepat mungkin Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen...

Apa Itu STS?

Berikut penerangan serba ringkas buat mereka yang masih belum mengetahui jenis sistem percukaian...

10 Fakta Tentang Kapal...

TANGGAL 14 April 1912 iaitu kira-kira 103 tahun lalu, satu sejarah tersimpul dalam ingatan...

Pemuda UMNO Desak Siasat Menteri Sumber Manusia

SHAH ALAM – Pergerakan Pemuda UMNO Selangor menggesa pihak berkuasa menyiasat Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran kerana didakwa membuat kenyataan bangsa Melayu sebagai kaum pendatang di Malaysia.

Ketuanya, Rizam Ismail berkata, dakwaan bahawa bangsa Melayu adalah kaum pendatang di Malaysia boleh menganggu-gugat keharmonian antara kaum di negara ini.

“Istilah ini adalah amat sensitif kerana boleh menggangu-gugat keharmonian kaum.

“Beliau sebagai menteri sumber manusia seharusnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menjurus kepada hasutan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rizam berkata, sebagai Menteri Sumber Manusia seharusnya berhati hati ketika memberi kenyataan dan fokus terhadap kerja-kerja meningkatkan prestasi di jabatan beliau.

Katanya, Kula Segaran seharusnya menghormati Perlembagaan Malaysia dan jangan cuba memanipulasi sejarah pembentukan negara ini.


“Beliau cuba cetuskan api kemarahan orang Melayu dengan kenyataan beliau sebelum ini yang mana saya lihat, beliau ini cuba untuk mengalih isu utama nasional.

“Kita lihat rakyat amat marah dan terkesan dengan janji kerajaan Pakatan Harapan yang tidak ditunaikan lagi seperti harga barang tidak turun dan sebagainya,” katanya.

Rizam turut mengingatkan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman pernah didenda di bawah Seskyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1998 kerana menerbitkan artikel bertajuk Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British ke Tanah Melayu adalah satu pencerobohan. – MYNEWSHUB.TV

Kategori