• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Wajah Pada Kotak Rokok Mahu Saman, Tuntut Royalti!

oleh Cj Mnh
27/07/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS enam tahun gambarnya dirakam, seorang lelaki bukan saja terkejut, malahan marah apabila mendapati wajahnya terpampang pada kotak rokok di pasaran seluruh pelusuk Indonesia.

Tambah berang apabila gambar dicetak itu menunjukkan dia sedang hisap rokok sambil dukung seorang bayi dan di sebelahnya dicetak amaran berbunyi, “Merokok berhampiran kanak-kanak adalah membahayakan kesihatan”.

Lelaki dari Kuningan, Jawa Barat itu tampil mendakwa syarikat rokok itu menggunakan gambarnya.

Dadang Mulya memprotes tindakan syarikat rokok itu untuk tujuan komersial dan berhasrat menyaman pihak berkenaan kerana menggunakan wajahnya tanpa kebenaran.

“Saya pasti ia adalah gambar saya, walaupun ramai yang mempertikaikannya,’ katanya seperti dipetik tribunnews.com.

Lelaki berusia 42 tahun itu mendakwa gambar itu dirakam pada 2012 ketika dia sedang menyaksikan perlawanan bola sepak di kampungnya.

Ketika itu, seorang penjual rokok mendekatinya dan meminta dia menghisap rokok sambil dukung anak keduanya, Rizki Indriawan yang masih bayi, manakala seorang lelaki yang berada dalam kereta telah merakam aksi itu.

Dadang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap berkata, ketika itu dia tidak tahu tujuan gambar itu dirakam sehingga melihat wajahnya pada kotak rokok.

Bagaimanapun, rakan dan jirannya tidak mempercayainya selepas diberitahu mengenainya.

Selepas berbincang dengan beberapa pihak, Dadang memutuskan untuk menuntut royalti dan telah menyerahkan kepada pihak peguam untuk mewakilinya. – Mstar

Tags: kotak rokokmodel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

08/11/2025
0

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Dirakam Ketika Lelaki Buat ‘Live’ Lucah di Kedai Makan OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR...

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

18/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd